Ka-ngar vs. Kan-gar

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Maaflah, semakin hari semakin tak rajin nak menaip. Sejak akhir-akhir ni lebih suka klik-klik sambil mata dan telinga disaji dengan artikel-artikel dan video-video menarik di internet.

Hari ni sejak balik dari office hingga ke minit-minit terakhir sebelum masuk tidur ni, saya suka nak dengar alunan Qasidah daripada YouTube. Dok ulang-ulang Ya Hanana dan Qasidah Istighfar. Alhamdulillah, menyenangkan telinga mendengarnya. Tapi dalam dok leka tu teringat adik kecil saya yang berumur 11 tahun; Alim.

Pada hujung minggu lepas saya balik ke rumah Mak Abah saya. Seperti biasanya, dari sini pada petang Jumaat menaiki bus. Sengaja saya tak beli return ticket bus Plusliner sebab nanti terpaksa naik di Pudu Sentral. Sedangkan rumah Mak Abah lebih dekat dengan Hentian Duta, eloklah saya naik bus MaraLiner aje.

Pagi Ahad tu selepas kami sekeluarga bersarapan di kedai Pakcik Kamal, saya minta Abah pandu ke Hentian Duta untuk saya dapatkan tiket untuk petang itu. Adik Alim teman saya ke kaunter sementara yang lain tunggu di dalam kereta. Kami tunggu penjual tiket di kaunter MaraLiner yang entah mana hilangnya. Sedang menunggu, Adik Alim tanya "Akak nak beli tiket balik Kan-gar eh?"

Hahaha..lucu, terus teringat lecturer DSP yang berasal dari India semasa belajar di Perlis dulu. Dalam pada geram sebab tak faham accent Indian-English dia yang menyebabkan saya dropped subjek tu, dia bagi memory manis di zaman belajar. "How far Kan-gar from here?" Instead pronounce KANGAR as Ka-ngar, dia sebut sebagai Kan-gar. Bayangkanlah dia nak cycling dari Kuala Perlis ke Kangar! Student yang bendol ni siap betulkan pronunciation lagi sambil beritahu yang Kangar tu agak jauh kalau nak berbasikal. Sebut y(n) sebagai 'wai-yen', bukan 'wai-en'.. Sebut ZERO sebagai 'jiro'.. Hehe entah apa khabar dia, dah balik India agaknya.

Adik Alim senyum-senyum bila saya betulkan sebutan KANGAR tu..hehehe

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up