Prune Cake Lagi..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Hari ni saya kukus prune cake lagi, sebabnya saja nak bagi hubby rasa cake air tangan isterinya ini walaupun bukan recipe sendiri..hehehe.

Satu lagi sebab kenapa saya kukus prune cake hari ni ialah hari ni birthday my dearest hubby. Selain itu dicabar oleh hubby bila tengok banyak barang buat cake/cookies kat umah. Kata dia, tak nampak pun mana cake/cookies nya, nanti sampai dia balik kerja pun saya tak buat. Baiklah, isterimu yang comel ni akan buat! Isterimu ini akan buktikan padamu wahai En.Yusof tercinta..huhu~

Saya tak simpan recipe prune cake ni kat rumah, ingat-ingat lupa sukatan bahan-bahannya. Terpaksa ako sms tuan punya recipe..hahaha. Gigih ni, sementara hubby berehat, nak buat sampai siap! Chaiyok..chaiyok!

Seminggu lepas saya redeem Maybank TreatPoint saya dengan stand mixer, so kali ni takde lagi menually beat..lenguh tangan ako. Ohoho teringat first time try luck buat prune cake ni, without mixer berjaya juga dengan lenguh-lenguh tangan beat adunan guna garfu je. Tapi tadi masa masukkan tepung (sedikit demi sedikit) tu, berterbangan debu tepung. Ish, tak suka saya bersepah-sepah dapur dengan debu tepung! Ke memang camtu bila orang lain beat tepung? Hurmm..al maklum, first time guna mixer. Hahaha~

Bila dah siap adunan, tiba masa untuk kukus. Hurmm lagi sedap kukus daripada bakar kot. Belum pernah la bakar, tapi kawan saya kata bila bakar cake akan jadi kering sikit la.

Kukus dengan hamparkan kain/napkin dapat elakkan air yang terwap jatuh pada adunan

Entah apa weng-nye saya kali ni, g kukus dengan api besar konon nak kurangkan masa. Dah tu cake jadi kembang melebihi bekas tapi tak masak di dalamnya. Kecewa.. Letak balik dalam kukusan dan kukus lagi 15 minit dengan api sederhana. Sepatutnya, mengikut tuan punya recipe, cake kena kukus 40 minit dengan api sederhana. Dah tu, padan muka saya cake kembang tapi tak masak..hoho~

Prune cake yang indah rasa dari rupa. Eh, sedap tau!

Yang ni comel sikit walaupun merekah serupa monster..hehe

Hubby puji gak la. "Pandai jugak, walaupun rupanya hodoh" Ok lah, disregard kutukan selepas pujian tu..hehe~ I love you, Syg. Happy birthday!


Adab dengan suami

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Semalam saya terbaca satu entry menarik untuk dikongsikan bersama; "30 petua untuk mengikat hati suami". Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada kita, dan sama-sama perbaiki diri untuk mengeratkan hubungan dengan suami. Saya olah sedikit entry asal supaya lebih praktikal dan mudah difahami. Yok kita jadi isteri yang menyenangkan hati suami!

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi anda.

2. Apabila suami pulang dari kerja sambutlah dia dan layani beliau sebelum melakukan kerja-kerja yang lain

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. (jika suami dalam mood yang sesuai)

4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

6. Ruangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

7. Berikan hadiah sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami)sekali-sekala.

9. Beri pujian terhadap penampilan suami – rambut, wajah, pakaian, kacak, kesederhanaan dan seumpamanya

10. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.

11. Minta bantuan suami hanya jika sesuai–sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

12. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

13. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung)

14. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (Sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian )

15. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang -kurangnya 2 kali sehari.

16. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

17. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. (jika boleh)

18. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

19. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

20. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

21. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

22. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

23. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

24. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

25. Bila meminta bantuan suami:-
* terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan.
* beri pilihan kerja yang disukainya.
* jangan menyuruh-nyuruh
* gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.

26. Pesan ke suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

27. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama walaupun suami berbau busuk, diamkan saja dan terima dengan hati yang sabar.

28. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

29. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

30. Sentiasalah lafaz 3 kata "I LOVE YOU"

Cemburu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Cemburu tanda sayang? Cemburu yang keterlaluan itu melemaskan? Cemburu boleh mengintimkan atau memusnahkan hubungan?

Cemburu.. Ya, cemburu jika yang disayang memberikan perhatian kepada yang lain. Jika yang disayang punya waktu untuk berikan perhatian pada yang lain, mengapa yang disayang tidak punya waktu untuk berikan pada yang sah?

Cemburu bertempat. Siapa yang tak cemburu...hatinya kering..


Harapan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Kali ni saya nak cakap berkenaan sesuatu yang serious. Ermm serious meh? Takde lah, cuma fitrah dan kenyataan berdasarkan perkongsian pengalaman dan pembacaan.

Pernah dengar tak ungkapan bahawa jika dalam jiwa tiada harapan, lebih baik mati? Atau dalam erti kata lain, jiwa yang tidak berharap adalah jiwa yang mati. Individu yang hidup mempunyai harapan untuk bahagia, harapan untuk kaya, harapan untuk berjaya, dan sebagainya. Dan jiwanya lebih bersemangat apabila dia berkongsi harapan yang sama dengan orang-orang yang disayangi, dicintai. Walaupun kebanyakannya harapan wujud dengan sendirinya oleh jiwa yang berkeinginan, namun adakalanya harapan wujud selepas dibenihkan oleh seseorang yang lain.

Selagi mana jiwa itu hidup, harapan akan selalu ada walaupun sekecil-kecil perkara. Contohnya seperti sekarang ini, saya berharap untuk menulis dengan baik dan berkesan supaya yang membaca boleh faham apa yang cuba saya sampaikan. Kelihatan kecil saja perkara ini, tetapi tetap juga ada harapan diletakkan. Sebab itu lah rasanya tidak keterlaluan jika saya katakan seluruh kehidupan ini adalah suatu pengharapan.

Rasa yang synonyms dengan harapan ialah gembira dan kecewa. Individu itu pastinya gembira dan bahagia jika harapannya terlaksana, tetapi sangat kecewa dan berduka sekiranya harapannya punah. Kejamnya jika harapan yang dibina dan dibenihkan di dalam jiwa oleh seseorang dihancurkan oleh seseorang itu.
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan, kau mainkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang dan menghilang
Eceh..sempat lagi saya selitkan lagu Ibnor Riza ek? Kalau taknak dikatakan kejam, tolong jangan berikan harapan pelsu-pelsu belaka pada orang lain ya. Bukan saja dikatakan kejam, kamu juga akan dipanggil penipu..huhuhu. Untung juga kalau orang memaafkan kamu dan move on, tapi jika orang itu berdendam seumur hidup habislah kamu..huhu~

Harapan adalah suatu yang infinity, tiada pengakhiran dan mempunyai kesinambungan. Seperti nafas yang dihela, akan berterusan hingga hujung nyawa. Sebaiknya harapan-harapan yang terbina adalah harapan yang positif. Jangan berharap untuk bunuh orang pulak ye =D



up