بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
Kali ni saya nak cakap berkenaan sesuatu yang serious. Ermm serious meh? Takde lah, cuma fitrah dan kenyataan berdasarkan perkongsian pengalaman dan pembacaan.
Pernah dengar tak ungkapan bahawa jika dalam jiwa tiada harapan, lebih baik mati? Atau dalam erti kata lain, jiwa yang tidak berharap adalah jiwa yang mati. Individu yang hidup mempunyai harapan untuk bahagia, harapan untuk kaya, harapan untuk berjaya, dan sebagainya. Dan jiwanya lebih bersemangat apabila dia berkongsi harapan yang sama dengan orang-orang yang disayangi, dicintai. Walaupun kebanyakannya harapan wujud dengan sendirinya oleh jiwa yang berkeinginan, namun adakalanya harapan wujud selepas dibenihkan oleh seseorang yang lain.
Selagi mana jiwa itu hidup, harapan akan selalu ada walaupun sekecil-kecil perkara. Contohnya seperti sekarang ini, saya berharap untuk menulis dengan baik dan berkesan supaya yang membaca boleh faham apa yang cuba saya sampaikan. Kelihatan kecil saja perkara ini, tetapi tetap juga ada harapan diletakkan. Sebab itu lah rasanya tidak keterlaluan jika saya katakan seluruh kehidupan ini adalah suatu pengharapan.
Rasa yang synonyms dengan harapan ialah gembira dan kecewa. Individu itu pastinya gembira dan bahagia jika harapannya terlaksana, tetapi sangat kecewa dan berduka sekiranya harapannya punah. Kejamnya jika harapan yang dibina dan dibenihkan di dalam jiwa oleh seseorang dihancurkan oleh seseorang itu.
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan, kau mainkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang dan menghilang
Eceh..sempat lagi saya selitkan lagu Ibnor Riza ek? Kalau taknak dikatakan kejam, tolong jangan berikan harapan pelsu-pelsu belaka pada orang lain ya. Bukan saja dikatakan kejam, kamu juga akan dipanggil penipu..huhuhu. Untung juga kalau orang memaafkan kamu dan move on, tapi jika orang itu berdendam seumur hidup habislah kamu..huhu~Harapan adalah suatu yang infinity, tiada pengakhiran dan mempunyai kesinambungan. Seperti nafas yang dihela, akan berterusan hingga hujung nyawa. Sebaiknya harapan-harapan yang terbina adalah harapan yang positif. Jangan berharap untuk bunuh orang pulak ye =D
1 comment(s):
Terdorong cakap pasal harapan ni sebab tengah layan Korean drama pasal situasi di emergency room dalam sebuah hospital. Setiap pesakit yang dibawa masuk, mereka membawa juga harapan bersama. Segala usaha akan diberikan untuk pastikan supaya pesakit boleh diselamatkan. Harapan hanya berhenti apabila pesakit mati.
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!