#2 Diary Ramadhan - 1st week

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Dah lebih seminggu dah umat Islam berpuasa pada tahun 1434H ini. Tapi saya cuma dapat berpuasa beberapa hari saja sebelum diagnosed sebagai uzur..hehe. Encik Suami pun dah pulang ke tempat kerjanya. Alhamdulillah sempat berpuasa bersama untuk 3 hari. Jadilah~

Lepas Encik Suami berangkat pergi, rutin makanan saya pun berubah. Sahur dan iftar dengan juadah yang simple je. Cukuplah, tak perlu berlebih-lebihan sebab saya seorang saja.

Ramadhan kali ini saya dapat gastritis yang agak teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya. Semasa Encik Suami ada tak dapat pula gastritis, elok dia takde je terus sakit perut. Sewaktu sedang uzur pun dapat gastritis juga. Memanglah tak boleh puasa, tapi tak boleh juga suka-suka makan sewaktu di office. Terpaksalah tahan lapar sampai dapat gastritis. Sehingga hari ini dah dua hari saya MC disebabkan gastritis.

Encik Suami setiap hari call untuk tanya khabar. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya terubat sikit rasa sakit. Semoga Ramadhan yang berbaki lebih 2 minggu ni baik-baik saja. Aameen~


P/s Entry yang dok terperap dalam Draft item lebih seminggu ni akhirnya dapat diterbitkan hari ni. Fuh!

#1 Diary Ramadhan - 1st Day

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Kali pertama berpuasa sebagai seorang isteri memang mengujakan. Perasaan bercampur-baur memikirkan kena bangun awal dan masak untuk kami berdua. Sempat ke? Saya yang kurang cekap di dapur ni pastilah terpaksa ambil banyak masa untuk menyediakan lauk. Walaupun di dalam hati berkobar-kobar perasaan untuk sediakan yang terbaik untuk suami, namun juadah sahur pagi tadi amatlah sempoi. Nasi putih dah saya masak sebelum tidur malam tadi. Suami memberikan cadangan supaya masak tumis sardine, tapi itu pun saya tak boleh sediakan. Pagi tadi hanyalah drummet ayam berperisa pedas, hirisan tomato dan sambal belacan buat mengisi perut suami. Entahlah, suami tak complaint pun. Tapi di sudut hati ni rasa terkilan juga sebab belum mampu untuk sediakan juadah yang menyelerakan untuknya.

Pukul 1.30pm dah rasa lapar sangat. Ada 6 jam lagi sebelum berbuka. Nak masak apa pula malam ni? Ceh, macam pandai sangat~ Tapi lauk dalam fridge dah habis, cuma ada drummet ayam tu saja. Sayur pun tak ada. Petang ni sepatutnya ada pasar malam di pekan Kulim. Try ajak suami kot dia nak g..


up