#2 Diary Ramadhan - 1st week

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Dah lebih seminggu dah umat Islam berpuasa pada tahun 1434H ini. Tapi saya cuma dapat berpuasa beberapa hari saja sebelum diagnosed sebagai uzur..hehe. Encik Suami pun dah pulang ke tempat kerjanya. Alhamdulillah sempat berpuasa bersama untuk 3 hari. Jadilah~

Lepas Encik Suami berangkat pergi, rutin makanan saya pun berubah. Sahur dan iftar dengan juadah yang simple je. Cukuplah, tak perlu berlebih-lebihan sebab saya seorang saja.

Ramadhan kali ini saya dapat gastritis yang agak teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya. Semasa Encik Suami ada tak dapat pula gastritis, elok dia takde je terus sakit perut. Sewaktu sedang uzur pun dapat gastritis juga. Memanglah tak boleh puasa, tapi tak boleh juga suka-suka makan sewaktu di office. Terpaksalah tahan lapar sampai dapat gastritis. Sehingga hari ini dah dua hari saya MC disebabkan gastritis.

Encik Suami setiap hari call untuk tanya khabar. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya terubat sikit rasa sakit. Semoga Ramadhan yang berbaki lebih 2 minggu ni baik-baik saja. Aameen~


P/s Entry yang dok terperap dalam Draft item lebih seminggu ni akhirnya dapat diterbitkan hari ni. Fuh!

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up