1st Anniversary cum SIL engagement day

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Hari ni iols cuti, uols.. Semalam bday Sultan Kedah, so hari ni kilang bagi replacement day lah. Three days weekends la kiter ;-) Esok kje tapi Rabu kena force leave, cost optimization katernyee.. Whatever, Malaysia masih aman. Hehehe :-D

En.Syg dah g kje, so berseoranganlah cuti-cuti begini. See, apalah maknanya cuti kalau takat duk berkurung kat dalam rumah. Bangun tidur, makan, mengadap TV, main internet (tulis entry yang ntahpapentah ni), satgi mandi, solat, makan lagi..ahh repeatable activities. Bosan doh! Lepak-lepak tengok photos dalam phone, ok ada bahan untuk dikongsi~

Dah sebulan lebih ia berlalu, anniversary kami yang pertama lah tu. Kebetulan pula, adik ipar bertunang pada hari yang sama. Takde siapa yang tahu pun, lagi pula kami bukanlah celebrities pada hari kejadian. Cukuplah hanya kami berdua saja yang tahu. Disebabkan bukan celebrities, muka pun comot je. Apa taknya, pakai dah comel dah, tapi masuk dapur tolong masak sampai berminyak muka dengan bau kari kambing. Hahaha :-D

Hari itu, first time saya merasai kemeriahan keluarga mentua. Sepuluh daripada sebelas anak abah dan mak mentua balik meraikan majlis pertunangan adik ipar saya. Campur menantu dan cucu-cucu, MasyaAllah ramai sungguh. Alhamdulillah~


Hari itu juga, saya kenal sisi diri suami yang saya belum pernah lihat. Anak-anak buah suka berdamping dengannya kerana dia suka melayan karenah mereka. Tak kira lelaki atau perempuan, mereka suka dengan Pak Itam :-D Mak Itam ni pun turut tumpang kasih dengan anak-anak buah yang so adorable and freely.


0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up