Cik Rean Yang Rajin

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Hari ni Cik Rean bakar brownies. Ter-rajin pulak. Hehe

Pagi tadi, selepas sarapan kat gerai nasi lemak, Cik Rean ajak husband gi kedai runcit kejap sebab nak beli telur. Bahan-bahan lain dah sedia ada kat rumah, telur je takde. Telur sekarang ni sepuluh butir pun dah RM3.90. Itu pun bukan gred A, entah gred B atau C entah. Hurmm.. 

Balik dari kedai runcit, melepak dulu kat rumah sambil tengok movie. Melepak sangat sampailah husband Cik Rean tertidur. Elok dia tidur, Cik Rean pun mulakan project brownies. Hehe

Tadaa.. Inilah hasilnya. 

Nampak macam terbogel takde topping kan? Cik Rean pun browsing cari resepi caramel drizzle kononnya. Pastu masuk dapur try buat. Tapi tak jadi. Hukhuk.. Biarlah plain macam tu je. Dah sedap dah tu, cuma termasin sikit sebab terlebih garam lah tu. Haha 😂 

Taruh sikit untuk kudap-kudap husband kat tempat kerja dia dan bagi kawan-kawan rasa sikit esok. 

Hehe siap ada alas. Inilah hasil kalau terlebih rajin

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Merafak sembah takziah kepada seluruh kerabat diraja Kedah atas kemangkatan Tuanku Sultan Abdul Halim Ibn Sultan Badlishah pada 11/September yang lalu. Sebagai penduduk di negeri ini, Cik Rean turut berdukacita. Semoga Allah merahmati roh baginda dan mengampuni segala dosanya. Aamiin.

Cik Rean masih berpegang kepada prinsip Rukun Negara yang kedua iaitu KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA. Mungkin ramai anak muda kini yang tak memegang prinsip hormat dan setia pada Raja, tapi bagi Cik Rean inilah salah satu jati diri yang perlu ada dalam diri bangsa Melayu. Bukan mengagung-agungkan kedudukan kerabat raja ini, sebab mereka juga manusia yang sama kedudukan di sisi Allah, tapi lebih kepada hormati mereka sebagai pemimpin yang berperanan dalam menjaga kedudukan agama.

Sebagai manusia, mereka juga pasti ada khilaf. Tetapi Cik Rean lebih suka melihat sisi-sisi positif yang boleh dicontohi. Cik Rean kagum dengan keeratan tali kekeluargaan, kesopanan tatasusila, adat istiadat yang dijunjung dan kebajikan yang mereka tabur pada rakyat di bawah naungan mereka. Kebanyakan mereka mempunyai perasaan yang halus dan rasa kasih sayang pada rakyat. Inilah yang menyentuh hati Cik Rean.

Cik Rean doakan semoga Allah sentiasa mendorong setiap hati dalam kerabat diraja ini ke arah jalan yang lurus menurut Islam dan kekalkan kebaikan yang ada dalam hati mereka untuk seluruh rakyat khususnya di Malaysia yang tercinta ini. Aamiin YRA..

Lazy Weekends

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

3 hari cuti tak pergi mana-mana, tak buat 'apa-apa' sangat
Semalam kerjakan kain baju yang berlonggok tak lipat dalam bilik baju
Kelmarin kantoi dengan husband sebab sorokkan baju yang tak lipat
Since dia dah tahu, terpaksalah settle baju-baju tu
"Hidup-hidup tertipu.. Ingatkan dah selamat lipat baju, rupanya dia sorokkan dalam bilik!"
Cik Rean mampu gelak je lah.. Hahaha
Asalnya terlonggok depan TV selepas balik dari kampung cuti Raya Haji
Cik Rean malas nak usik walaupun husband suruh settle
Sudahnya Cik Rean masukkan dalam bilik baju
Nampaklah clear je ruang tamu tu, hakikatnya berlonggok pulak dalam bilik baju
Kihkihkih.. Kena kencing!

Kejap lagi pukul 2pm nak keluar pergi Pejabat Tanah dan Daerah
Mak called semalam, katanya dapat surat tunggakan sejak 2014
Lain rupanya cukai pintu dengan cukai tanah
Selama ni bayar cukai pintu je kat MPKK, cukai tanah tak pernah bayar
Bayar sekali tu je lah masa beli rumah tahun 2013
Itu pun agent hartanah yang settle

Sambil-sambil tunggu pukul 2pm Cik Rean buat puding roti karamel
Selama ni buat versi kukus, ni first attempt buat versi bakar
Harap-harapnya tak rentung puding roti tu
Kalau berhasil, Alhamdulillah

Esok kerja semula.. Semoga urusan lancar untuk minggu depan. Aamiin

Splendid September Yihuu..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Hari ni last day kerja untuk minggu ni. Esok replacement leave sempena Hari Keputeraan Agung. Kat kilang Cik Rean, sekiranya public holiday jatuh pada hari Sabtu, pekerja normal shift akan dapat replacement leave pada hari Jumaat.

Bulan September ni, hanya Jumaat terakhir je yang tak cuti. Minggu lepas 1hb tu cuti Hari Raya Aidil Adha. Minggu ni pulak replacement leave Hari Keputeraan Agung. Minggu depan replacement leave Hari Malaysia. Jumaat berikutnya cuti Awal Muharram. So Jumaat terakhir je yang kerja. Hehe syok kan..


Sebenarnya 9 September adalah tarikh pindaan kedua Hari Keputeraan Agung. Selalunya kan pada Sabtu pertama bulan Jun. Tapi dipinda ke tarikh lain sebab sepanjang 5 tahun khidmat Sultan Muhammad V (Sultan Kelantan) sebagai Agung ni, Sabtu pertama bulan Jun adalah pada bulan Ramadan. Agung yang perkenankan supaya dipinda ke Sabtu terakhir bulan Julai. Namun dipinda kali kedua ke 9 September. Tapi Cik Rean tak pasti tahun depan akan dikekalkan tarikh sambutan pada bulan September ataupun Julai.
KERAJAAN bersetuju sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V bagi 2017 dipinda ke 9 September (Sabtu).
Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya menerusi satu kenyataan, hari ini berkata, sebelum ini tarikh sambutan diumumkan adalah 29 Julai, namun dipinda ke tarikh berkenaan.
"Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan bersetuju supaya Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V bagi 2017 dipinda dari Sabtu, 29 Julai kepada Sabtu 9 September 2017," kata kenyataan itu.
Menurut JAKIM, ada ralat kiraan falak yang menyebabkan tarikh Awal Muharram dipinda ke 22 September ni.
Sukacita Jakim merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM)  mengenai perkara berkaitan.  

Adalah dimaklumkan bahawa perubahan tarikh 1 Muharram 1439H dalam kalendar dari 21 September kepada 22 September 2017. 

Perubahan ini adalah ralat yang berbentuk teknikal yang telah disemak dan diperakukan oleh Panel Pakar Falak Jakim semasa meneliti semula data bulan Zulhijjah 1438H awal tahun ini.
Heaven sungguh bulan September tahun ni kan?

Aidil Adha

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Salam Aidil Adha untuk semua pengunjung, walaupun 10 Zulhijjah dah berlalu hampir seminggu.

Bagi Cik Rean, Aidil Adha adalah perayaan yang mengumpulkan ahli keluarga dan menghabiskan masa bersama-sama. Tak perlu baju raya yang baru, cukup sekadar track bottom dan t-shirt sambil berborak mesra dan makan bersama.

Bercita-cita nak join qurban tahun depan, semoga impian dimakbulkan. Aamiin..

Blogwalking sambil taip entry ni, ish kagum sungguh lah kat blogger yang boleh tulis panjang-panjang tu. Cik Rean ni dah berkarat otak, lama tak blogging. Adakah hidup semakin boring?

Setiap hari ada je aktiviti, tapi kenapa tak sempat nak meriahkan blog ni ya? Kan blog ni umpama diary, tulis la apa pun nak tulis.

Bina Multiple Blogs Dengan Satu Account

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Berkongsi maklumat atau ilmu dengan teman, menjadikan kita lebih faham dengan sesuatu perkara.

Hari ni Cik Rean selesai berkongsi sedikit maklumat dengan Adek Mahani berkenaan membina multiple blogs dengan menggunakan satu email yang sama. Kami juga buat revision tentang membina fan page di Facebook dan merge dua atau lebih fan page jika fan page itu sama nama dan mempunyai niche yang sama. Dengan satu platform Instagram di smartphone, kita juga boleh switch ke beberapa account tanpa perlu install insta-clone.

Bagi yang memang follow perkembangan semasa teknologi dan sosial media ni, maklumat-maklumat di atas tu bunyi lapuk kot. Tapi bagi kami yang baru berjinak-jinak yang mengaktifkan diri semula ni, banyak maklumat yang perlu dikemaskini..hehehe.

I would like to share the informations to you too. Semoga ada manfaat dan dapatlah Cik Rean kumpul pahala sikit hehehe. Kali ni Cik Rean share dulu cara bina multiple blogs dengan satu account. Pada entry yang seterusnya Cik Rean share maklumat-maklumat lain pula ya..

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Kebanyakan beginner akan mula blogging dengan bercerita aktiviti-aktiviti harian mereka di blog masing-masing. Tapi selain daripada personal blog, ada juga yang mula nak berniaga menggunakan blog selaras dengan trend online business semasa. 

Ada yang suka kumpulkan sekali cerita peribadi dengan entry berkenaan perniagaan masing-masing, tapi ada juga yang lebih selesa mengasingkan supaya nampak lebih professional.

Kalau kita memilih cara yang kedua, mesti leceh kan kalau terpaksa login-logout setiap kali nak post blog entry pada blog yang berlainan. Jangan bimbang sebab ada caranya supaya tak perlu create satu email baru semata-mata nak buat blog baru. Jom follow cara ni, senang sangat!

Yang penting sekali kena login Blogspot dulu. Di sebelah kiri bahagian atas, drop-down selection ni untuk New blog

Selepas click pada New blog, akan pop-up window kecil. Isikan nama blog yang baru beserta address yang bersesuaian. Blogspot akan semak availability address tu, kalau tak available, tukar address lain bersesuaian hingga berjaya. Click pada Create blog! dan Blogspot akan create blog yang baru tu. Selesai!

Setiap kali nak update blog, cuma switch je dengan click pada drop-down tu. Selepas pilih blog mana nak update, tulislah entry di New post.

Senang sangat kan? Boleh create banyak blog yang berbeza lah lepas ni. Business blog je ada 3, personal blog ada 2 hahaha

Kenapa Begini Malaysiaku?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Hari ni 24hb Feb, tadi tengok FB ada rumors petrol naik harga lagi mulai 1 March nanti. Ron 95 jadi RM2.50 kononnya. Entahlah..Cik Rean sudah fed up!

Cik Rean memang tak pandai nak ulas dari sudut ekonomi, sebab bukan bidang Cik Rean. Tapi Cik Rean rasa terkilan sangat kenapalah makin lama makin teruk keadaan negara Malaysia ni. Lepas satu ke satu bala menimpa.

Baru ni hal pembunuhan rakyat Korea Utara yang didakwa abang kepada pemimpin tertinggi negara tu kononnya dah undang rasa tak senang hati kerajaan negara tersebut. Tak pasal mendakwa Malaysia bersekongkol dengan Korea Selatan menuduh Korea Utara sebagai dalang pembunuhan tu. Risau rasanya dengan keselamatan Malaysia.

Kedaulatan negara ni dah dipijak-pijak dengan negara luar. Tak keterlaluan rasanya kalau Cik Rean kata ini adalah disebabkan kelemahan pemimpin negara yang selalu tunduk dengan desakan asing. Pemimpin negara dah hilang kredibiliti masing-masing.

up