Splendid September Yihuu..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Hari ni last day kerja untuk minggu ni. Esok replacement leave sempena Hari Keputeraan Agung. Kat kilang Cik Rean, sekiranya public holiday jatuh pada hari Sabtu, pekerja normal shift akan dapat replacement leave pada hari Jumaat.

Bulan September ni, hanya Jumaat terakhir je yang tak cuti. Minggu lepas 1hb tu cuti Hari Raya Aidil Adha. Minggu ni pulak replacement leave Hari Keputeraan Agung. Minggu depan replacement leave Hari Malaysia. Jumaat berikutnya cuti Awal Muharram. So Jumaat terakhir je yang kerja. Hehe syok kan..


Sebenarnya 9 September adalah tarikh pindaan kedua Hari Keputeraan Agung. Selalunya kan pada Sabtu pertama bulan Jun. Tapi dipinda ke tarikh lain sebab sepanjang 5 tahun khidmat Sultan Muhammad V (Sultan Kelantan) sebagai Agung ni, Sabtu pertama bulan Jun adalah pada bulan Ramadan. Agung yang perkenankan supaya dipinda ke Sabtu terakhir bulan Julai. Namun dipinda kali kedua ke 9 September. Tapi Cik Rean tak pasti tahun depan akan dikekalkan tarikh sambutan pada bulan September ataupun Julai.
KERAJAAN bersetuju sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V bagi 2017 dipinda ke 9 September (Sabtu).
Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya menerusi satu kenyataan, hari ini berkata, sebelum ini tarikh sambutan diumumkan adalah 29 Julai, namun dipinda ke tarikh berkenaan.
"Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan bersetuju supaya Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V bagi 2017 dipinda dari Sabtu, 29 Julai kepada Sabtu 9 September 2017," kata kenyataan itu.
Menurut JAKIM, ada ralat kiraan falak yang menyebabkan tarikh Awal Muharram dipinda ke 22 September ni.
Sukacita Jakim merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM)  mengenai perkara berkaitan.  

Adalah dimaklumkan bahawa perubahan tarikh 1 Muharram 1439H dalam kalendar dari 21 September kepada 22 September 2017. 

Perubahan ini adalah ralat yang berbentuk teknikal yang telah disemak dan diperakukan oleh Panel Pakar Falak Jakim semasa meneliti semula data bulan Zulhijjah 1438H awal tahun ini.
Heaven sungguh bulan September tahun ni kan?

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up