Alhamdulillah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Alhamdulillah, Dia masih beri kesempatan padaku untuk hidup. 

Alhamdulillah, Dia berikan kehidupan yang selesa walaupun diselangi dengan pelbagai ujian.

Alhamdulillah, Dia berikan hati yang kuat dalam menghadapi ujian perit.

Alhamdulillah kerana Dia masih sayang kepadaku.

Astagfirullah, Astagfirullah, Astagfirullah.

Semoga Dia mengampuni dosa-dosaku yang lalu.

Nauzubillah, Nauzubillah, Nauzubillah.

Aku berlindung kepada Dia dan kekuatanNya daripada fitnah dunia.

Syukur

السلام عليكم

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ya Allah, sesungguhnya engkaulah yang berhak sepenuhnya terhadap hambaMu
Terima kasih Ya Allah kerana Engkau memberikan ketenangan kepadaku dalam menghadapi ujian ini
Dengan rahmat dan kasih sayangMu, aku bersyukur telah kulalui ujian yang kau berikan ini dengan fikiran yang waras yang telah Kau ilhamkan padaku
Ya Allah, ku mohon padaMu agar Engkau berterusan memberikanku fikiran yang waras dan hati yang tenang dalam menempuhi setiap ujian mendatang
Janganlah Engkau menarik ketenangan ini daripada hatiku, Ya Allah

Pergi!

السلام عليكم


Bukan mengeluh, sebaliknya sedar ini adalah ujian pertama untuk aku. Simpan rahsia ini hingga suatu hari nanti ia terbukti di depan mata.

Sentap! Cuba untuk tidak mudah melatah, tapi tetap rasa aliran darah menderas di dalam tubuh. Aku akan lawan, dan tak akan mudah mengalah.


Hati

السلام عليكم

“…ketahuilah bahwa dalam jasad itu terdapat sekerat darah, yang apabila ia baik maka baik pula seluruh jasadnya. Dan apabila ia rosak, maka rosak pula seluruh jasadnya. Ketahuilah bahwa sekerat darah tersebut adalah hati. (HR. Bukhari Muslim)

Dengan itu, berdoalah dengan doa yang cukup masyhur;
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قُلُوْبَنَا عَلَى دِيْنِكَ، وَيَا مُصَرِّفَ الْقُلُوْبِ صَرِّفْ قُلُوْبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
“Wahai Pembolak balik hati, tetapkanlah hati kami dalam agama-Mu. Wahai Pemutar balik hati, tetapkanlah hati kami untuk taat kepada-Mu.”

Inai

السلام عليكم


CikRean rasa tak sabar plak nak pakai inai. Omai..omai.. Teringin nak yang bercorak-corak, tapi kebanyakannya corak sarat. CikRean tak suka! CikRean suka yang simple je. Belum jumpa corak simple yang menarik. Berkulit sawo matang dan berjari pendek ni, macam tak cantik je kenakan inai bercorak tu. Lets go with basic one.


↑
up