Hari Sabtu dan Ahad kami bercuti dengan famili sebelah Abah di Teluk Rubiah, dekat dengan Seri Manjung, Perak. Pagi Sabtu selepas Subuh dah gerak ke kampung tapi tak terus ke rumah Mbah, pergi rumah Siwo Lee tolong Siwo Seha siapkan makanan untuk BBQ malam Ahad tu. Pukul 12 tengahari gerak ke Teluk Rubiah, disebabkan tersilap jalan kami sampai ke Teluk Rubiah Resort lebih kurang pukul 2 petang.
Selepas hampir sejam menguruskan bilik (pihak pengurusan chalet tak bersedia), barulah kami ke bilik masing-masing dan kemudian bersiap untuk lunch. Dlm pukul 4 semua settle..jadi apa lagi..huhu jom main air. Saya bersama Kak Zati, Kak Fatin dan Mbah berjalan ke pantai. Tapi sampai di bench bawah pokok-pokok kelapa, Mbah berhenti di situ dan duduk memerhatikan gelagat cucu-cucunya.
Kami bertiga teruskan berjalan di gigi pantai dan join sepupu yang lain bermain kayak. Huu..saya tak pernah bermain kayak sebelum ini. Abang Yus yang berlagak macam instructor mengajak kami mengayuh bergilir-gilir. Usai bermain air di pantai, saya dan sepupu semuanya terjun ke dalam kolam pula. Tak padan dengan umur yang nak cecah 25 tahun, saya pun join adik-adik sepupu mandi kolam..haha. It's time to enjoy!
Hari ni mengantuk sungguh untuk mulakan kerja. Semalam balik ke Kulim naik kereta dengan Kema selepas tak dapat bus awal dari Seri Manjung ke Butterworth. Dari Seri Manjung saya patah balik ke KL. Dalam pukul 6, saya dan Kema mulakan perjalanan dari Cheras. Sepanjang perjalanan yang ambil masa 4 jam tu, saya teman Kema memandu. Huhu tak sampai hati nak lelapkan mata sedangkan dia memandu sejauh lebih 200km tu. Hujung minggu ni balik lagi ke KL..cuti 3hari maa, balik la!
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!