Kulim - KL

Baki cuti tinggal hanya 2 hari je. Ahad nanti dah kena balik Kulim. Arghh..sedihnya + malas nak mulakan kje. Ahad nanti, awal² pagi dah nak mulakan perjalanan. Harap² dapat gerak dalam pukul 7 macam seminggu lalu semasa buat perjalanan dari Kulim ke KL. Hari tu saya konvoi dengan K.Min dan Qama. Dorang berdua naik kereta yang sama. So konvoi 2 kereta la ni. Alhamdulillah, perjalanan lancar di lebuhraya PLUS menghala ke Selatan.

Tapi ade cerita yang agak menarik untuk saya kongsikan..hehe. Pagi tu saya sahur dengan air Nescafe, so kebiasaannya saya akan kerap kencing la. Saya called K.Min supaya berhenti di mana² hentian yang terdekat. Tapi lebih 5 kali saya cuba, K.Min tak jawap panggilan saya. Mungkin dia tak perasan ada call. Adoyai macam mana ntah saya nak btau K.Min ni. Dekat² dengan Hentian Sebelah Taiping, saya pintas kereta Qama dan bagi signal ke kiri tapi malang bagi saya, Qama pintas saya semula..bertambah malang hentian tu ditutup untuk penyelenggaraan. Takpe² boleh tahan lagi ni. Saya teruskan perjalanan di belakang kereta Qama. Sampai dekat² dengan hentian seterusnya, saya nekad nak berhenti jugak. Takpe lah kalau dorang nak teruskan perjalanan tanpa saya..InsyaAllah takde pape.

Sebelum ke tandas, K.Min called, dia baru perasan saya takde di belakang.
"Norin nape benti? Ada masalah ke?"
"Tak..orang nak kencing. Orang called K.Min banyak kali..uhuk tapi K.Min tak angkat."
"Sorry².. akak tak perasan."
"Takpe².. K.Min ngan Qama gerak la dulu, takyah tunggu orang. InsyaAllah takde pape. Orang OK. Kirim salam kat Qama ye. Selamat Hari Raya, K.Min"
Saya pun pergilah membuang hajat. Selesai kencing (hehe), belum pun saya start engine kereta, K.Min called lagi.
"Norin kat mana ni?"
"Orang kat sini lagi. Baru balik dari toilet. K.Min kat mana?"
"Akak kat depan ni. Berhenti, tak gerak"
"Hah, K.Min tunggu orang ke?"
"Eh, tak...jammed. Jammed tak gerak langsung. Nasib baik Norin singgah kencing tadi. Kalau tak..terkencing atas highway plak nanti. Hehehe"
"Heeeee" =D
Saya pun start engine kereta, dan sedia untuk mulakan perjalanan. Terpandang meter minyak yang tak sampai separuh, dan terjeling Caltex di sebelah kiri, tapi tak sedetik pun hati ni nak isi minyak. Selambe je!

Belum pun 15mins perjalanan, saya pun sampailah di tempat yang mula jammed tu. Pastu barulah menyesal nape tak isi minyak tadi. Padan muka! Dengan selambe gak saya matikan engine kereta selepas terngiang kata K.Min yang jammed tak bergerak..hehe. Huih lama gak la tersangkut dalam jammed tu. Pastu tiba² barulah gerak sikit², gelabah saya start semula engine kereta..hee =D. Rupanya ada lori tangki minyak Esso terbakar. Lepas je lintas tempat kejadian tu, perjalanan pun kembali lancar. Saya singgah di R&R Sg.Perak untuk isi minyak. Selepas tu, disebabkan tak berkonvoi lagi, saya bawak satu dua..satu tiga. Kekadang tu tak sedar boleh sampai satu empat..satu lima. Sumpah saya tambah tekanan pada accelerator tu. Tiba² je boleh sampai satu lima. Sekarang ni risau gak kalau² lepas raya ni dapat surat cinta..huhu.

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up