Pendek.Akal - Pemikiran.Sempit

Pelajar serang Kedutaan Malaysia dengan telur busuk



JAKARTA: Selepas serangan penggodam besar-besaran ke atas lebih 120 laman web Malaysia, berpuluh pelajar menyerbu Kedutaan Malaysia di sini semalam dan melemparnya dengan telur busuk dan cuba menaikkan bendera Indonesia.

Perhimpunan di luar kedutaan di Jalan Rasuna Said, Jakarta Selatan dikawal ketat polis, namun tiada penunjuk perasaan dihalang atau ditahan.

Bagaimanapun, polis campur tangan apabila seorang pelajar cuba memanjat pagar kedutaan untuk memasang bendera Indonesia.

Polis dan pelajar terbabit dalam adegan tarik menarik cuba untuk mendapatkan bendera itu, namun polis akhirnya berlembut dan pelajar berjaya memasang bendera di pagar kedutaan.

Seorang penunjuk perasaan memberitahu Metro TV bahawa perhimpunan itu adalah tindakan membantah kontroversi terbaru membabitkan penggunaan tarian tradisi Bali dalam promosi pelancongan Malaysia.

Hubungan panas sedia ada antara negara jiran itu mencapai ketegangan baru minggu lalu selepas dakwaan bahawa lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, ditiru daripada lagu Indonesia, Terang Bulan.

Dakwaan bahawa tarian Bali digunakan untuk mempromosi satu rancangan televisyen mengenai Malaysia walaupun sudah dijelaskan tidak membabitkan agensi kerajaan Malaysia, sebaliknya pihak ketiga masih menjadi modal untuk memarahi Malaysia. - Agensi
-------------------------------------
Inilah sikap sebahagian rakyat negara jiran yang sempit pemikirannya. Geram betul saya. Kita tak pernah claim apa². Budaya dan adat antara dua negara ini hampir sama. Bukankah kita serumpun? Lagu Negaraku adalah adaptasi musik dari lagu rakyat Perak hampir lebih 100 tahun lepas. Sedangkan usia lagu Terang Bulan, saya yakin tak sampai pun 100 tahun. So siapa yang menciplak siapa ni? Bosan sangat dengan sikap mereka yang selalu buat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Malaysia Truly Asia bermaksud Malaysia adalah negara di mana pelbagai kaum dari Asia berkumpul. Kita adalah negara Multinational. Orang Siam dan Filipin pun dah ramai di Malaysia, apatah lagi orang Indonesia yang dah berkurun beranak-pinak di sini. Adat resam dan budaya mereka dibawa sekali ke sini. Maka tak hairanlah Malaysia punya banyak adat resam, aneka masakan dan tarian yang pelbagai. Namun, Malaysia tidak pernah claim Malaysia punya. Kalau mereka kata Malaysia pencuri, maksudnya mereka menyalahkan kaum keluarga mereka yang berhijrah ke sini dulu. Salahkanlah kaum keluarga mereka yang membawa tradisi adat resam ke sini.

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up