1. How do you define honesty?

Honesty - The quality of being honest, not disposed to cheat or defraud; not deceptive or fraudulent.

Oh, itu adalah maksud 'honesty' yang saya copy daripada WebWord. Kalau ayat saya tentulah tak sehebat itu. Honesty ialah bermaksud 'kejujuran' dalam Bahasa, dengan 'jujur' sebagai kata dasarnya.

Sukar juga nak defined 'honesty' ni, sebab untuk melaksanakan 'honesty' juga bukan sesuatu yang mudah. Bukan saja sukar untuk dilaksanakan pada orang sekeliling, malah lebih sukar jika untuk jujur pada diri sendiri. Selalunya kita lebih selesa menyembunyikan kebenaran demi memujuk diri sendiri atau dengan harapan tidak memburukkan keadaan.

Kalau kita cakap tentang 'honesty', mesti dalam fikiran kita yang pertamanya akan mengaitkannya dengan suatu hubungan. Tidak kiralah hubungan persahabatan, percintaan mahupun perkahwinan.

alaaa..apa lagi yang boleh dibincangkan di sini. alamak..fikir..fikir!

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up