Happy.Earth.Hour

Menulis entry dalam mode earth hour. Cuma padamkan lampu, tapi laptop dan kipas tetap on..hehehe.

Belum pun earth hour bermula, kelkatu dah menampakkan diri di lantai bilik. Memang jawapnya kena tutup lampu lah. Alhamdulillah, tahun ni alert dengan acara tahunan ni. Tahun lepas tak berpeluang sebab tak sedar acara ni berlangsung. Dua tiga hari lepas berlangsung barulah tau. Haish..terlepas!

First time ikut serta ialah tahun 2009. Masa tu berkumpul di rumah Ayu, Liza dan Zura. Kami tutup semua lampu, lawak sebab kami pergi buat acara BBQ plak kat luar rumah. Konon tutup lampu untuk menyumbang pada menyejukkan suhu Bumi, tapi buat BBQ plak. Macam serupa tak yah..hahaha.

Lepas ni, untuk elakkan terlepas, kena lah buat reminder pada calendar. Every March 26th is Earth Hour.. Happy Earth Hour..

source: Mr.Google

source: Mr.Google

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up