Sedikit.Tazkirah

Updated 22 Aug: Typo - Ustaz Ramli Shafie, not Ustaz Shafie

Hari ni nak kongsi dengan pengunjung blog saya yang tak seberapa ni dengan sedikit tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Ramli Shafie. Setiap kali Ramadhan, Ustaz Ramli Shafie dipelawa hadir ke kilang tempat saya bekerja untuk beri tazkirah. Seingat saya, sepanjang saya bekerja di sini selama hampir 3 tahun ni, sudah 3 kali Ramadhan Ustaz lah yang berikan tazkirah. Terima kasih, Ustaz.

Ramadhan kali ni, Ustaz dipelawa untuk berikan tazkirah pada hari Selasa lepas. Ustaz memang pandai menarik perhatian kami pada tazkirahnya dengan berseloroh. Memang susah la nak tertidur, sebab terhibur.

Antara butir tazkirah Ustaz Ramli Shafie kali ni adalah fadhilat puasa. Ustaz beritahu, kalau kita berpuasa pada 27 Rejab, Allah SWT akan pelihara setiap inci tubuh daripada api neraka. Sedikit pun Allah tak benarkan api neraka sentuh tubuh kita.

Apabila berpuasa pada 7 Rejab pula, Allah SWT pateri pintu neraka supaya tiada 1 pun yang terbuka untuk kita masuk. Dengan kata lain, Allah pelihara kita dari masuk ke neraka.

Pada Nisfu Syaaban iaitu hari ke-15 bulan Syaaban, kalau kita puasa, Allah SWT mengurniakan usia yang panjang untuk kita beramal, rezeki yang halal dan mematikan kita dalam iman. Kita akan dapat pengakhiran hidup yang baik; Khusnul Khatimah.

Pada bulan Ramadhan pulak, tak terhingga fadhilat yang kita dapat. Allah SWT kurniakan bukan saja Rahmat, malah keampunan dan Maghfirah. Subhanallah!

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up