Rejab-Syaaban-Ramadhan

السلام عليكم


Apa khabar readers? Dah habis ganti puasa? Dah masuk bulan Rejab ni. Semoga yang belum habis ganti puasa tu boleh manfaatkan pahala bulan ni.

Alhamdulillah, dah 2 hari berjaya puasa. Hari ni InsyaAllah cuba bertahan hingga sampai Maghrib nanti. Tadi pun dah goyah juga sebab rasa stress dengan kerja-kerja kat office ni. Dok berlari ke hulu ke hilir pegang document yang perlukan approval dari PICs. Bukan tak boleh buat online, tapi kalau secara online ni lambat! Bosses ni bukan layan sangat notification email ni. Better terus jual muka jumpa dorang, lebih cepat.

Tapi Alhamdulillah juga, masih bertahan lagi hingga sekarang ni. Dah alang-alang setengah hari, InsyaAllah akan tetapkan iman untuk berpuasa hingga sampai Maghrib nanti. Aminn~

Pernah dengar tak yang kononnya hadith Rasulullah bersabda "Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.." tu hadith maudu'? Wallahualam~ Maka ada pendapat mengatakan fadhilat berpuasa dalam bulan Rejab ini juga satu rekaan. Tapi saya yakin Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pemurah. Kalau kita ikhlas buat ibadat puasa ni kerana mencari redha Allah, InsyaAllah dapat pulangan yang banyak dan berkat.

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up