Cerita.Panjang

السلام عليكم


Marilah kita lapangkan hati dan sedar bahawa tidak semua yang kita rancang berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Dalam beberapa keadaan, kita terpaksa mengutamakan sesuatu yang tidak termasuk dalam perancangan. Walau bagaimanapun, pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku kerana Allah Maha Mengetahui.

Last week cuti 4 hari bermula Jumaat hingga Isnin. Seperti biasa, kalau dah cuti-cuti ni, haruslah balik KL. Sebelum balik tu, dalam kepala penuh dengan program-program yang nak dibuat bila balik nanti. Paling penting, nak buat persediaan baju kenduri. Kononnya nak g Jakel, survey-survey, kalau berkenan terus beli. Tapi tinggal angan-angan je..

Hari Jumaat pagi, sebelum kul 8.30am dah sampai EON service. Hampir setengah hari, akhirnya terpaksalah swipe cc RM400 ++ utk service dan repair. Petangnya, g rumah Abang menjenguk Ahmad Thariq. Tumpang solat Maghrib, kemudian gerak balik Sagil; rumah Embah Kanang. Balik berlima dengan Mak, Iffah, Alim dan Haziq; abang si Thariq.

Imbau perbualan petang Khamis; on the way drive balik KL.
"Assalamualaikum"
"Wa'alaikumussalam, Mbah. Kabare?"
"Alah, biasalah orang tua, Ren. Kat mana ko?"
"Noren, on the way balik KL ni, Mbah. Baru gerak dari Kulim"
"Ye ke? Hati-hatilah. Ko tak teringin nak makan durian ke, Ren? Kalau teringin, baliklah. Durian dari kebun banyak ni"

Isyarat orang tua. Dia nak direct cakap suruh kita balik, xdelah. Tapi sebagai orang muda, kita fahamlah sebenarnya dia suruh balik tu..

Tidur semalam kat rumah Embah. Paginya, dengan tak malu menuai hasil kampung sumbat dalam boot. Pukul 2.30pm gerak balik ke KL semula. Pukul 5.30pm dah sampai KL. Hantar Haziq balik rumah Abang. Kononnya hari Sabtu tu jugak nak balik Sabak pulak, tapi tak larat. Abah dah pesan, jangan pulak tak balik Sabak. So, cannot escape!

Pagi Ahad, selepas Subuh - Tepat pukul 7am kitorang berempat gerak ke Sabak melalui LATAR. Believe it or not, pukul 8.50am dah sampai. Singgah rumah Siwo Lee sarapan dulu, sebelum balik rumah Embah Sirah. Mujur juga singgah rumah Siwo Lee, sebabnya bila sampai kampung, semua orang takde, semua dok berlonggok kat rumah sebelah. Embah Timah jiran sebelah buat majlis kahwin anaknya yang bongsu. Sebelum Zuhur, Mak ajak balik sebab Mak nak g kenduri kat Selayang pulak.

Last day. Selepas Subuh, kul 7.10am dah gerak ke rumah Abang. Kakak mintak tolong hantarkan ke klinik kesihatan. Thariq kena jaundice, sebabkan ward penuh, doktor suruh balik tapi kena check darah everyday. Alhamdulillah, semakin beransur pulih.

Pukul 4pm, bermula sekali lagi journey yang panjang jugak; KL to Kulim. Pukul 7.30pm sampailah Kulim dengan letihnya. Maka terkuburlah angan-angan nak g Jakel. Harus cuba lagi minggu ni. Yeah!!


0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up