Punca.Lambat.Ke.Office

السلام عليكم


Teruja nak cerita mimpi mengarut pagi ni. Walau apa pun, mimpi cuma mainan tidur. Lebih-lebih lagi mimpi selepas Subuh, haruslah dari syaitan yang nak melekakan manusia.

Gambaran mimpi tu bermula dengan lokasi depan rumah sewa sekarang. Nampak seorang kenalan (rival)  baru sedang panaskan engine untuk pergi kerja kot (watak dia habis macam tu je). Saya pula sedang buka gate untuk keluar. Peliknya, saya berjalan kaki dengan pakai pinafore uniform sekolah. Tau-tau je saya sedang berjalan berkaki ayam di pantai (macam tau je saya suka ponteng sekolah masa kecik-kecik dulu).

Sambil berjalan-jalan, makan lolipop plak tu. Hadoyai~ Tetiba macam terperasan seorang lelaki iras celebrity chef sedang curi-curi amik gambar saya. Well, macam la ko tu super model mahal sampaikan nak marah-marah kalau orang amik gambar ko kann.. Saya pun tak pedulikan je. Jalan-jalan sampai satu rumah tumpangan tepi pantai. The guy tak tau ke mana.

Out of no where, tetiba adik-adik saya balik dari sekolah terus ke rumah tumpangan tu. Haish, nama pun mimpi kan, haruslah mengarut. Adik lelaki usik-usik saya sambil pass dinner invitation plate from that guy. Plate y'all~ bukan card, tapi plate. Siap ada ukiran nama saya lagi..huhu. Demi menjaga adab, tak terniat pun nak g dinner tu dengan stranger. Lalu mimpi tu pun berakhir di situ~ Yeah, terbuai sekejap dengan mimpi tu. Memanglah itu sumpah syaitan, melalaikan manusia. Mana tak nya, sebabkan mimpi tu saya terjaga semula pukul 7.30am. Maka lambatlah saya sampai opis hari ni.

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up