Hati

السلام عليكم

“…ketahuilah bahwa dalam jasad itu terdapat sekerat darah, yang apabila ia baik maka baik pula seluruh jasadnya. Dan apabila ia rosak, maka rosak pula seluruh jasadnya. Ketahuilah bahwa sekerat darah tersebut adalah hati. (HR. Bukhari Muslim)

Dengan itu, berdoalah dengan doa yang cukup masyhur;
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قُلُوْبَنَا عَلَى دِيْنِكَ، وَيَا مُصَرِّفَ الْقُلُوْبِ صَرِّفْ قُلُوْبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
“Wahai Pembolak balik hati, tetapkanlah hati kami dalam agama-Mu. Wahai Pemutar balik hati, tetapkanlah hati kami untuk taat kepada-Mu.”

Inai

السلام عليكم


CikRean rasa tak sabar plak nak pakai inai. Omai..omai.. Teringin nak yang bercorak-corak, tapi kebanyakannya corak sarat. CikRean tak suka! CikRean suka yang simple je. Belum jumpa corak simple yang menarik. Berkulit sawo matang dan berjari pendek ni, macam tak cantik je kenakan inai bercorak tu. Lets go with basic one.


3rd attempt, 3 weeks time

السلام عليكم


Saya dah gi dah amik darah untuk ujian saringan HIV tu tadi. Urusan selama setengah jam aje, tapi result dapat dalam masa 3 minggu. Hurmm, lamanya..

Belajar daripada pengalaman semalam, jadi saya datang agak awal tengahari tadi. Saya dapat nombor dua. Mungkin juga sebab hari ni hari bekerja, jadi tak ramai yang datang buat ujian saringan tu.

Kan tak biasa gi klinik kesihatan, jadi terpinga-pinga macam rusa masuk kampung. Tambah haru bila tengok calon pertama kena cucuk kat lengan. Errr..Ana, bukan ke kamu kata dorang amik darah dekat jari je?. Tanya saya pada Puan Ana yang temankan saya ke situ. Eh, bukan ke? Sambil mencebik, saya menggeleng.

Kejutan kedua bila pegawai perubatan tu kata result akan keluar dalam masa 3 minggu. Haish..kena tunggu je la, nak buat macam mana..


Satgi Kena Cucuk

السلام عليكم


Just called Klinik Kesihatan Kulim on 04-4905533 asking for HIV test. Datang je, tak perlu buat appointment. Alhamdulillah, jimat masa. "Satgi adik mai kui dua naa. Mai awai sikit pun takpa"- Okeh!

Last week sebabkan tak dapat tiket balik ke Kulim pada Ahadnya, saya ambil EL pada hari Isnin. Alang-alang dah cuti, minta tolong Abah dan Mak bawa ke Klinik Kesihatan Jinjang untuk buat ujian saringan HIV. Malangnya kena buat appointment, dan schedule terawal yang free ialah 27 November. Owh, tidak~ So decided to give a try in Kulim pulak. Disebabkan leka dengan kerja, baru hari ni berkesempatan.

InsyaAllah, semoga dipermudahkan. Aminn~
-------------------------------------------------
Updated

Alaaa..second attempt tak berjaya. Sampai je kat sana, qouta 10 orang sehari dah penuh. Payah jugak kalau tak buat appointment ni..huhu. Ok, jangan cepat mengalah. Cuba lagi esok!

Documents

السلام عليكم


Weee! Cikrean dah lengkapkan kursus pra-perkahwinan hari ni. Urusetia program tu kata dalam seminggu lagi keluarlah sijil kursus tu. Lama kan? Kawan Cikrean cerita, dulu masa dia gi kursus tu dan dan tu gak dapat sijil. Tapi takpelah, En.Tunang Cikrean pun belum gi lagi, so tak perlu kot Cikrean nak tergesa-gesa mintak urusetia keluarkan sijil tu cepat-cepat. Yang nak kena gesa tu ialah En.Tunang tercinta. Amboi, lambat-lambat naa..nanti tak kawen kang baru tau...biasa dia..

Hujung minggu depan Cikrean nak balik KL hantar kad jemputan. Huhu sempoi kan kitorang? Kursus tak gi lagi, ujian saringan HIV tak buat lagi, documents sume tak lengkap lagi tapi kad jemputan dah ready. Tangan Cikrean tengah gatal nak menulis nama kawan-kawan atas kad jemputan tu, tapi sebabkan ada dua bulan lagi masa senggang, Cikrean sabarkan hati. Lalu entry ni pun terhasil daripada adrenaline yang merembes tadi. Daripada Cikrean terkinja-kinja melompat untuk utilize adrenaline tadi, baik Cikrean tulis entry ni..kahkahkah

Sebenarnya Cikrean dah risau takut tak sempat siapkan semua document yang disyaratkan untuk permohonan bernikah nanti. Kan tinggal dua bulan je lagi..hadoii! En.Tunangku, sila beri kerjasama. Ayeayy, captain!!



up