Documents

السلام عليكم


Weee! Cikrean dah lengkapkan kursus pra-perkahwinan hari ni. Urusetia program tu kata dalam seminggu lagi keluarlah sijil kursus tu. Lama kan? Kawan Cikrean cerita, dulu masa dia gi kursus tu dan dan tu gak dapat sijil. Tapi takpelah, En.Tunang Cikrean pun belum gi lagi, so tak perlu kot Cikrean nak tergesa-gesa mintak urusetia keluarkan sijil tu cepat-cepat. Yang nak kena gesa tu ialah En.Tunang tercinta. Amboi, lambat-lambat naa..nanti tak kawen kang baru tau...biasa dia..

Hujung minggu depan Cikrean nak balik KL hantar kad jemputan. Huhu sempoi kan kitorang? Kursus tak gi lagi, ujian saringan HIV tak buat lagi, documents sume tak lengkap lagi tapi kad jemputan dah ready. Tangan Cikrean tengah gatal nak menulis nama kawan-kawan atas kad jemputan tu, tapi sebabkan ada dua bulan lagi masa senggang, Cikrean sabarkan hati. Lalu entry ni pun terhasil daripada adrenaline yang merembes tadi. Daripada Cikrean terkinja-kinja melompat untuk utilize adrenaline tadi, baik Cikrean tulis entry ni..kahkahkah

Sebenarnya Cikrean dah risau takut tak sempat siapkan semua document yang disyaratkan untuk permohonan bernikah nanti. Kan tinggal dua bulan je lagi..hadoii! En.Tunangku, sila beri kerjasama. Ayeayy, captain!!


0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up