السلام عليكم
Hari Jumaat yang sepatutnya indah, tapi kebosanan sebab sejak pagi tak dapat kerja daripada boss. Tak larat nak pura-pura busy dah. Super big boss empat lima kali lalu, agaknya eyeing on me. Ah, lantaklah! Memang hati ni dah rasa tawar untuk bekerja.
Tengahari kuar ngan Siti gi Giant. Makan dan beli hadiah untuk farewell Dija. Sementara tunggu Siti ke kereta untuk ambil pendrive, masuk kedai emas tengok-tengok rantai tangan. Hurm..current price RM195/g, tapi kedai tu bagi RM180/g. Tengok je, sebab esok bercadang ke Penang Island untuk survey. Kononnya kat Island lebih murah.
Siti called, dia cakap Kak Asmah ngan Dija ada kat Giant jugak sebab nampak kereta Kak Asmah kat parking lot. Alamak takut kantoi, so berhati-hati semasa melangkah. Siti tunggu di kedai gambar untuk print gambar department dia. Nak letak dalam photo frame yang dibeli tadi. Selesai print, terus ke kereta untuk balik office.
Oh, tidak..dah alang-alang dekat ngan McD, drive-thru eskrem. Pergh punya ramai orang dalam McD dan Drive-Thru. Tapi tak peduli, I need ice-cream. Agak stress seminggu ni~
Balik office sama masa ngan orang yang balik daripada solat Jumaat. Hurm..lama lah tu. 2 jam kot berpoya-poya. Ish..ish agak-agak berkat ke gaji ni? Tapi kerja memang takde pun. Kalau ganti 2 jam tadi dengan balik lewat 2 jam pun tak guna gak. Nak watpe kat office? Tercongok je?
Sampai kat cube, bukak email check kot-kot boss bagi kerja ke. Takde pun.. Email daripada big boss yang masuk. Officially announced that my boss left the team to lead another team effectively on Sept 26th. Rumor yang diperkatakan benar belaka. I am so sad! Tak sangka my favorite boss being snatched out from our team. Saya dapat new bosses yang fussy dan tak best. I is sad, you know!! Rasa nak merajuk ngan sume orang. Tak mo cakap ngan sesaper. Uhuk..uhuk =`(. Dah dua minggu dengar rumor ini, tapi hati tak mo percaya. 'Selagi big boss tak announce, tak mo percaya!' - I was in denial, tapi sekarang memang harus terima hakikat. Effectively on 26th, tapi 28th baru nak annouced! Huh~
He is my first boss, yet the best one! Sangat bahagia bila dengar dia ketawa. His tagline are 'it cokey', 'i dont care' and 'later'. Korean boss yang sempoi. He never shows his anger eventho I did wrong. Paling-paling pun mengeluh 'haish', bukan 'aigoo'. I'll be missing him =`( eventho he is still here under the same roof.
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!