السلام عليكم
Berdebar-debar rasanya bila terfikirkan hari itu dah tak lama lagi..hehehe. Dalam masa yang sama rasa bahagia juga, tak sabar menunggu ia tiba. Rasa sayang dan kasih pada En.Syg bertambah-tambah..ekeke.
Semalam entah kenapa rindu sangat pada dia. Rindu nak dengar suara dia..hadoi! Kenapalah Syg tak called dua hari ni? Syg call lah saya, sekejap pun jadilah.. Rindu ni. Bermonolog sendiri sambil tercebik-cebik..huhu.
Dah dekat pukul 12, baring-baring nak tidur sambil berharap En.Syg call.
.
.
.
.
.
.
Tiba-tiba ringtone lagu DJ Got Us Fallin In Love kedengaran. Tengok number kat skrin.. Uwaa rasa nak nangis, tapi senyum-senyum. Ya Allah.. Speechless~
Assalamualaikum Sayang..
Ehehe..bahagianya perasaan itu. Terima kasih Ya Allah kerana berikan perasaan ini. Semoga ia berkekalan hingga ke Surga. InsyaAllah~
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!