بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
Dunia semakin pantas dan mencabar menyebabkan kita terkejar-kejar sana-sini sehingga mengabaikan jadual pemakanan dan kesihatan diri. Kita kurang ada masa untuk makan dengan seimbang. Makan sekadar mengisi perut kosong saja. Ada betulnya tak? Kan...? Kita tidak dapatkan khasiat makanan yang diperlukan oleh badan. Memang betul bila sakit insurans ada boleh cover, tapi bila dah sakit banyak nikmat hidup ditarik. Duit banyak tapi badan tak sihat pun tak best kan. Sangatlah penting menjaga kesihatan. Jadi, setiap hari saya ambil supplement untuk lengkapkan khasiat yang badan saya perlukan untuk kekal sihat. InsyaAllah.
1. Jamu Dewi Dara (SeriDewiMalam)
Saya ambil jamu setiap pagi untuk pelawasan, lancarkan peredaran darah, dan nyah angin dari badan. Kawan saya merupakan agent SDM, jadi mudah untuk saya dapatkan bekalan.
2. Kapsul Minyak HabbatusSauda' Gold (Minsyam)
Selepas sarapan, saya telan kapsul minyak HabbatusSauda'. HabbatusSauda' adalah penawar segala penyakit seperti yang diceritakan dalam hadith. Saya dapatkan bekalan direct daripada stokis di Kuala Ketil. Ustaz Azli rajin hantarkan ke sini sebab saya order banyak dari dia. Order yang banyak tu untuk saya sendiri dan kawan-kawan di office. Sebab tu kami boleh dapat discount..hehehe
3. Kapsul Minyak Zaitun (Minsyam)
Sepatutnya kapsul minyak zaitun ni diambil sebelum tidur, tapi saya selalu ambil sekali bersama kapsul HabbatusSauda' selepas sarapan. Telan dua sekaligus, senang..hehehe. Minyak zaitun ni bagus untuk gastritis dan pedih ulu hati. Minyak zaitun elak gas makanan daripada terasa di ulu hati. Oh, saya memang ada gastritis..sebab malas nak makan walaupun lapar. Malas dibesar-besarkan, lapar pun takpe. Weng~
4. Lecithin E (Amway)
Setiap kali selepas makan (breakfast, lunch dan tea break) saya akan kunyah Lecithin E dari Amway ni supaya lebihan molekul lemak dinyah keluar daripada badan. Saya beli ni dah lama, sejak 2 3 bulan ni baru disiplin untuk ambil.
5. Vitalea (Shaklee)
Saya pengidap tekanan darah rendah, jadi saya selalu pening-pening. Seorang ahli Shaklee mencadangkan saya ambil Vitalea ni sebab ada iron, jadi saya pun mencuba. Ya, sejak 2 3 bulan ni jugalah saya mula ambil secara berdisiplin iaitu sehari sekali (je pun..). Sayang dah beli tapi tak makan..
Itulah.. Kadang-kadang saya rasa macam pathetic sangat sebab kena makan banyak supplement. Macam orang sakit je. Tapi saya positive, saya sedapkan hati..lebih baik mencegah daripada mengubati.
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!