بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
Drama tak tajuk entry title saya? =)
Semalam saya pulang dalam keadaan hujan lebat. Pada mulanya belum hujan pun semasa saya keluar dari office, tapi awan hitam dah menyelubungi langit petang. Dalam hati saya berkata, aku kena cepat ni kalau tidak nanti aku kebasahan sewaktu buka gate rumah. Terkedek-kedek saya lajukan langkah menuju ke kereta.
Belum separuh perjalanan pun, hujan turun dengan lebatnya. Saya amalkan tips untuk penglihatan lebih jelas semasa hujan, pakailah shades. Dan semestinya kita kena bukak lampu supaya kereta di depan dan di belakang nampak kereta kita. Untuk elakkan kemalangan..
Ustaz kata antara waktu mustajabnya doa ialah di kala hujan. Mulut saya pun terkumat-kamit baca istighfar dan berselawat. Moga istighfar saya diterima Allah SWT. Sedang saya beristighfar, kereta yang saya pandu melewati pasar malam.Tersentuh hati saya dengan nasib peniaga-peniaga pasar malam ketika itu. ALLAHUAKBAR! Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa, tiada kuasa yang hebat melainkan Dia. Dengan kuasa ZatNyalah, Dia menurunkan hujan pada petang semalam. Tiadalah peniaga-peniaga itu atau sesiapa saja boleh menghalang kuasaNya. Ketika mereka berharap dan merancang perniagaan mereka petang itu laris dan dapat untung, Allah berikan mereka ujian. Mungkin saja jualan mereka rosak dek kerana air hujan yang lebat itu. Allahuakbar! Tiba-tiba saya teringatkan Mak~ Ya Allah, kesiannya Mak saya.... =`(
Mak saya sangat berminat berniaga makanan. Sejak dulu lagi Embah Kanang, ayah kepada Mak saya galakkan Mak berniaga kerana hati seorang ayah itu kuat mengatakan anaknya itu boleh pergi jauh jika berniaga. Mak saya kini berusia 52 tahun, bagi saya Mak saya dah tua. Namun di kala umur tuanya ini dia mula berniaga demi adik-adik saya yang masih bersekolah. Mak jual pisang goreng, tempe goreng rempah, mee rebus dan beberapa jenis makanan lain. Ada ketikanya saya akan hubunginya bertanya adakah dia berniaga hari ni? Hujan tak? Macam mana, ok tak? Tiada jawapan mengeluh daripada Mak. Alhamdulillah semuanya baik saja.
Saya kesian pada Mak saya. Daripada saya masih kecil hingga saya sudah berumur 29 tahun dan berkahwin, mak saya masih bersusah payah di usia tuanya. Sepatutnya Mak saya dah boleh berehat dan tumpukan masanya dengan banyakkan ibadat. Namun demi adik-adik saya yang masih bersekolah, dia masih berkorban. Ya Allah, kuatnya Mak saya, tabahnya dia. Air mata saya berlinangan di sebalik shades itu. Terima kasih Mak, dari dulu hingga sekarang, terima kasih atas setiap pengorbanan Mak.
Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusan ibuku. Berikanlah dia kekuatan untuk menghadapi apa jua ujian yang Engkau berikan padanya. Kasihanilah ibuku Ya Allah. Mengongoi-ngongoi saya sendirian di dalam kereta. Tak peduli dah, dan tak siapa pun peduli di kala hujan lebat itu. Namun Alhamdulillah saya sampai di rumah dengan selamat dan kuyup (semasa buka gate!).
Mak, I love you so much!!
p/s En.Syg pernah kata, dia sayangkan saya seperti seorang ibu sayangkan anaknya. Semoga sayang itu masih tetap sama dari mula hingga akhir hayat kami. Aameen~
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!