April yang mendung

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Baru-baru ini kami menerima berita kurang menyenangkan daripada pihak pengurusan kilang, dukacitanya memaklumkan bahawa kenaikan gaji pada tahun ini ditangguh kepada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Setiap tahun pada bulan April, inilah masanya keputusan 'report card' akan diterima dan kenaikan pangkat atau kenaikan gaji diumumkan. Dengan berita daripada pihak pengurusan itu, maka tahun ini mungkin akan mengulangi sejarah tahun-tahun yang dahulu apabila krisis kewangan kilang berlaku akibat ekonomi yang merosot.

La haula wa la quwwata illa billah

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up