Anlene Bone Check

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Tau tak lama-kelamaan tulang kita akan reput kalau ia tak dapat kalsium yang mencukupi? Ini boleh menyebabkan kita menghidap kerapuhan tulang dan lama-lama kita boleh jadi bongkok. Sebab itulah kita kena dapatkan khasiat kalsium untuk tulang kita, termasuklah kalsium untuk gigi...heeee cuba senyum. Hehehe

Setiap tahun kilang tempat saya kerja akan menganjurkan minggu kesihatan, maka pelbagai syarikat atau agensi kesihatan dipanggil untuk mengadakan promosi atau memberi khidmat kesihatan kepada warga kilang. Hari ini dan semalam turn syarikat Anlene mengadakan promosi mereka. Diorang buat pemeriksaan tulang percuma. Keputusan saya ujian ketumpatan tulang saya agak mengecewakan. Hurmm..kurang minum atau makan makanan berkalsium, sebab tu lah ketumpatan tulang cuma -1.2 saja. Ish..ish..ish..rasa macam dah cukup dah minum susu setiap pagi. Tak cukup rupanya..

Haa..inilah keputusan ujian ketumpatan tulang saya

Dicadangkan kita kena minum 2 gelas susu sehari, kurangkan minum minuman ber'cafien' dan banyakkan bersenam. InsyaAllah kalau kita usaha, kita pasti berjaya! Ngee..

Selepas pemeriksaan tulang, saya dapat cenderahati dari Anlene. Diorang bagi kalendar dan pedometer. Disebabkan tester minuman Anlene berperisa coklat yang ermm..dap..dap, saya pun tertarik untuk beli sepeket Anlene berperisa coklat tu. Tapi tak bawa duit pulak, terpaksalah turun ke cube dan amik duit RM21 untuk sepeket 600gm Anlene coklat. Yang bestnya, bawa sekali tumbler untuk isi tester tu..hahaha. Tak malu!

Pedometer yang dapat free..hehe
Oh ye, dengan pembelian 600gm Anlene coklat tu, saya dapat shaker percuma. Dengan shaker ni kita boleh dapat bancuh susu Anlene tu dengan rasa yang sama macam diorang bancuh. Err..paham tak apa yang saya nak maksud kan?. Ngeh..ngeh..ngeh

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up