Minsyam Kapsul Minyak Zaitun

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

In previous post, saya ada share apakah supplement yang saya ambil untuk maintain kesihatan saya. Hari ni saya nak share lebih detail tentang Minsyam kapsul minyak zaitun yang telah saya consume sejak lebih setahun lepas.

Kapsul soft gel minyak zaitun daripada Minsyam sangat mudah diambil. Bagi saya yang 'tak lalu' nak telan minyak zaitun mentah-mentah, of course saya pilih ia dalam bentuk kapsul. Tambah pulak sebelum ni saya dimomokkan dengan betapa 'horror'-nya telan minyak zaitun mentah-mentah..hehehe. Alhamdulillah, dengan adanya kapsul minyak zaitun ni saya boleh mendapatkan khasiat buah dari pohon yang berkah ini.
"Makanlah minyak zaitun, dan berminyaklah dengannya kerana ia keluar dari pohon yang diberkati" - Riwayat Tarmizi
Minyak zaitun adalah istimewa kerana ia disebutkan di dalam Al-Quran dan Sunnah. Minyak zaitun kaya dengan antioksidan, terutamanya vitamin E. Berbanding minyak tumbuhan yang lain, minyak zaitun mengandungi lemak monotaktepu yang sangat tinggi, iaitu lemak yang tidak teroksida dalam badan. Minyak zaitun juga mengandungi rendah lemak politaktepunya, iaitu jenis yang teroksida. Selain itu, minyak zaitun dapat mengurangkan keradangan dan boleh mengurangkan risiko kanser payudara daripada berulang.

Bagi pesakit jantung, minyak zaitun membantu merendahkan tahap kolesterol dalam darah. Manakala bagi pesakit darah tinggi atau darah rendah, penggunaan berterusan minyak zaitun boleh membantu menstabilkan tekanan darah.

Saya mempunyai masalah tekanan darah rendah. Kerap secara tiba-tiba rasa pening dan hilang imbangan diri. Sejak saya amalkan kapsul minyak zaitun, Alhamdulillah symptom itu jarang-jarang saya hidap sekarang.

Minyak zaitun adalah minyak purba yang biasanya digunakan untuk pelbagai masalah kesihatan, termasuk refluks asid. Refluks asid boleh menyebabkan reaksi tidak selesa seperti keradangan dan kerengsaan, iaitu symptom gastritis (gastrik). Minyak zaitun boleh membantu untuk mengurangkan dan mencegah gejala refluks asid. Inilah salah satu sebab yang paling kukuh bagi saya untuk memilih kapsul minyak zaitun.


Bagi yang berminat untuk mencuba Minsyam kapsul minyak zaitun ini, anda boleh dapatkannya di toko-toko ubat atau jamu yang berhampiran, atau boleh hubungi saya untuk tempahan. InsyaAllah saya akan membantu. Semoga hidup kita lebih sihat dan berkat dengan makanan sunnah.

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up