بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
Semalam di Facebook saya berjanji nak share tentang genggam fatimah di blog ini. Jadi, hari ni saya nak mengotakan janji saya. Misi janji ditepati..hehehe
Genggam fatimah ni banyak khasiatnya, macam kacip fatimah dan akar fatimah jugak. Tapi sebelum tu mari kenal rupa genggam fatimah. Genggam fatimah berbentuk kudup macam bunga tapi tiada tangkai. Kalau uols tengok blog Kak Lady Ell, dia ada bagi perbezaan antara genggam fatimah ni dengan kacip fatimah dan akar fatimah.
Ini rupa genggam fatimah selepas direbus. Sebelum direbus, ia tidak kembang macam ni |
Saya kenal genggam fatimah ni apabila bidan yang saya dapatkan khidmatnya mempelawa saya untuk cuba air rebusannya. Antara khasiatnya ia melawaskan angin dalam badan, merawat rahem, mengempiskan perut dan melancarkan peredaran darah. Masalah utama saya ialah angin dalam badan sampai perut buncit. Jadi tanpa fikir banyak, terus setuju mencuba sepeket genggam fatimah. Harganya boleh tahan juga kononnya sukar untuk mendapatkan tumbuhan herba ni. Dipercayai tumbuhan ni hidup berhampiran gunung berapi.
Air rebusan genggam fatimah akan semakin berwarna cair setelah beberapa kali direbus |
4 comment(s):
ini utk laki pun boleh ke?
kebanyakan khasiatnya sesuai utk lelaki dan perempuan walaupun ada beberapa khasiat yg khusus utk perempuan saja
baru jumpa webpage ni; http://wannura.wordpress.com/2010/05/16/genggam-fatimah-selaginella-lepidophylla-menambah-tenaga/ - byk keterangan yg boleh membantu. baca komen sekali
Slm
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!