Dikelilingi Aura Positif

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Hari ni seharian saya di Penang Island. Fuhh, letih! Tapi seronok. Saya ikut colleague di office ke majlis meraikan pencapaian master coordinator dalam biz Shaklee di Equatorial Hotel. Terus terang saya bukan ahli Shaklee, tapi saya datang untuk melihat orang-orang yang telah berjaya supaya dapat menjadi pemangkin untuk saya pun berjaya. Saya mahu jadi seorang yang kaya dan berjaya! Hehehe pinjam ayat Dr.Azizan Osman.

Di sini saya ingin minta maaf sekiranya kehadiran saya tidak disenangi oleh ahli Shaklee kerana saya hanya orang luar. Minta halalkan makan minum dan perkongsian ilmu sepanjang majlis tadi. Sedikit sebanyak menyuntik semangat saya untuk maju. Halalkan ya~

Apa yang saya dapat dalam majlis tadi, kunci kejayaan ialah duplication. Ini dikongsikan oleh president Shaklee Malaysia. Kalau ingin berjaya, kita kena duplicate atau tiru orang yang telah berjaya; cara macam mana mereka berjaya. Namun paling penting, kena bersungguh-sungguh dan jangan bertangguh. Cari push factor supaya kita terus istiqamah untuk berusaha bersungguh-sungguh.

InsyaAllah semoga suatu hari nanti umat Islam akan terus maju dan cemerlang. Umat Islam perlu kaya dan berjaya!

En.Syg mesti suka tengok saya pakai baju ni.. I miss you, Syg

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up