Sob..Sob..I'm Sobbing

Seseorang memberitahu saya, 'Sekiranya kita merasakan seolah-olah kesayangan kita seperti tidak memperdulikan kita, sebenarnya dia memberikan masa kepada dirinya untuk merindu kita'. So jgn la kecik hati dan berfikiran yang bukan-bukan apabila dia tak menghubungi. Berikanlah dia masa untuk dirinya merasakan indah dan sakitnya merindui kita..

P/S Syg, I miss U owez..Missing U not because we haven't meet for quite some times, I miss U because hoping that U were owez beside me =(. I miss U, even when we were meeting!

Monday Blues? No it is Tuesday!

Don't know why?? Rasa sayu aje.. Nk kata Monday Blues, today is Tuesday plak. Gloomy; that is all i can say. Xsemangat langsung nk dtg ofis. Tmbah pulak kje kurang ujung² thn ni and everybody is about in shutdown mood. Early Jan, we have maintanance shutdown for the first time after 10 years. Yg xbestnya, kitorg terpaksa apply AL for the shutdown. Dah la bkn kehendak kitorg nk shutdown, pastu nk tolak AL plak. Uhuk..plak tu suh kitorg apply. Dh gtu, wat auto-deduction je la. Lg mo apply plak..uhuhu. Byk bebel plak saya ni.

Tp nth la..sejak dua menjak ni, mood swings je. Cpt plak naik angin, nk kata PMS..hurmm dh lps dh..huhu. Pg td, awal² pg lg dh naik hangin. Pkcik mna nth 'pinn' saya waktu saya nk wat u-turn. Saya tau la nk agak..bkn saya nk langgar dia pun. Gelabah btol! Kang saya langgar btol² kang..masuk Hospital Kulim plak! Hish..wuts wrong with me? Should I have a vacation? Tp mmg nk g pun. This Thursday, I will fly to Kch, to attend Aleen's wedding. Hopefully I hav a good time there, and will come back with a fresh start.

Keep Fit? Never Work =(

Mlm ni nk men badminton...! Bdn sy xle fit dgn berdiet, sy kna workout. So nk try men badminton spy bdn sy jd fit. Kuikui blh ke?

Mama Atif and Baby Gurl

updated: 20 Dec

BB GURL = ERYNA BATRISYIA





Smlm lps office hour, sy ke H Sbrg Jaya melawat Atif dan bb gurl dia. Xtau nk bwk buah tgn ape, sy beli roti sandwich sebuku. Sblm gerak dr office, sy ada bertanya pd orang² lama; buah ape yg org lps bersalin blh mkn? Kata mkcik cleaner kt office ni, bwkkn roti/biskut aje. Klu ikut, buah² ni blm blh mkn lg, katanya. Sy pk nk belikn butterscotch, sedap ckit. Tp kt kedai yg sy singgah tu xde, dh abis.

Gerak keluar dr office dlm kul 5.30ptg, kul 6ptg sy smpi H Sbrg Jaya tu. Susah gak cari parking, akhirnya dpt kt barisan plg hujung. Rupanya jauh gak dr pintu utama, sbb dr ctu la baru kita blh jupe dewan bersalin. Terpinga² sy cari dewan bersalin tu, terpksa tnya kt guard (yg pd mulanya not sure abang ke kakak..ermm kakak rupanya)
"tumpang tanya, dewan bersalin kt mna?"
"tingkat atas"
"owh..tingkat bape?"
"naik je tangga ni"
"tingkat bape?"
"ada 1 tingkat je, dik"
Kehkehkeh..malu sy. Ape? Sy igt ni H Selayang ke, ade byk² tingkat? Hahaha..sepanjang jalan mencari ward Atif, sy senyum je. Senyum dengan 'kecomelan' sy tu. Kehkehkeh..malunyaaa

Masa sy smpi tu, ramai pelawat kt katil Atif. Selain hubby dia ada parents hubby dia, abah dan adik dia, dan kuarga Mak Tam hubby dia. Semua rebut² tgk bb. Mak Atif blm dtg sbb smlm ade appointment dgn Dr kt H Alor Star. Maybe hr ni kot baru dtg. BB comel sgt..hidung dia agak mancung. Tp sy xreti nk ckp bb ikut muka siapa. Blm nmpk lg agaknya..xpelah yg penting bb sihat. Nama blm bg lg, kot² Amira..heee. Dh ayah dia selalu ckp mesti ade perkataan "Amir"..kikiki.

Kehidupan

Inilah kehidupan; sedang kita bergembira, orang lain pula berduka. Hari ini saya terima berita gembira dan berita duka serentak.

Let's go for good news first. Kwn baik saya, Atif selamat melahirkan puteri di H Sbrg Jaya kira-kira pukul 4 pg td. Terjaga dr tidur pd td, saya rasa malas² nk bgn dan xhilang rasa letih. Namun saya jumpa green button saya pg ni dgn berita itu. Alhamdulillah, slps gagal dua kali akhirnya Atif mendapat sinar permata anugerah dr Dia.

Another news; bad news. But I better not to tell.

Terima Kasih Banyak

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk saya dan keluarga. Saya sangat gembira dan menghargainya. Setelah agak lama berhubungan, saya kira sudah tiba masanya berkenalan dengan mereka. Maafkan segala kekurangan pada layanan dan diri kami. Tidak mendesak dan tergesa, tapi sekadar mahukan kepastian dari empunya diri. Kini telah jelas, terima kasih.

Cik PIE

Sejak 3 Nov lps, saya dpt title baru iaitu PIE. Esok saya dpt gaji pertama sebagai PIE. Byk hal sebenarnya yg berkira² dlm fikiran saya. Nk itulah, nk inilah.. Tp colleagues saya lg advance, blm seminggu saya dpt jd PIE, dh tuntut mintak belanja. Hahaha padahal xpernah pun saya berjanji. Opsss..ade² tp yg saya berjanji xpulak tuntut, yg xberjanji plak menuntut. Ade² aje..

Saya berkira² gaji pertama ni nak 'tabur' kt famili (huh guna perkataan tabur..arrogant sgt bunyinya..hahaha). Papepun, tgk dlu cmne..klu ade lebih, InsyaAllah ade la utk colleague.

Lunch Story

hr ni lunch ngn k.lisa, shafaq, azrin dan adila. kali ni giliran saya drive. for the first time, saya lunch kt mutiara junjung. selalunya mkn kt situ time dinner je. ermm sedap gak la lauk tghr dia. blk dr lunch, singgah umh parents k.lisa kjap. k.lisa tapau nasi utk anak dia. smpai ofis k.lisa tnya ttg bos , klu² dia dh jupe saya. saya pun citer la yg bos pesan suh saya belajar tech². "dia xde ckp jgn benti? dia xske org benti² kje ni" hurm..seingat saya, xde plak. lps dpt absorb ni mcm xpercaya plak saya akan stay lama kt cni. mmg xblh main² lg, dan xblh lari la. bkn senang nk dpt kje kan.. pape pun, saya akan berusaha menambah ilmu saya. InsyaAllah.

In.Advanced

Mlm td mak abah belanja mkn sate sempena birthday saya mgu dpn. Actly birthday saya ngn Abg.Yus gak. Birthday Abg.Yus sehari sblm birthday saya. Selalunya klu sambut, kitorg wat skali la, kongsi kek..hehe. Mlm td kitorg mkn sate Kjg Wak Samuri, tp bkn di Kjg pun. Ada cwgn kat Slyg Mall ni je.

Ada snapped beberapa photo tp kualiti photo x ok. Camera ada mlsh lps abah accident dlu. Anyway, birthday thn ni would be the best birthday sbb saya dpt hadiah terbaik dari Dia. Alhamdulillah..

Ptg ni kul 3.30 saya gerak ke Puduraya, amik bus PlusLiner ke Kulim a.k.a Scorodocarpus Dorneensis kul 4.30 ptg. Wish I have a safe journey. Till we meet again, see u then!

Romantic Ads

I'm sure Malaysian viewers have seen this ads; the TM ads. For me, it's so sweet, so romantic. Even they just 'kartun kertas', they drawn perfectly, and their expression is alive. That's why I've been touched by the ads. Furthermore, I'm in blues..hoho. Missing my beloved damn much.


Hadiah Terbaik

Ujg mgu dpn bday saya; 8 Nov, tp saya akn dpt hadiah ujg mgu ni. Dell Inspiron satu! Huhuhu..hadiah dr diri saya sendiri. Esok mlm saya naik bus blk KL, xsabar nk tgk lappy baru. Semoga ia seperti yg diharapkn.

Picnic with Mates

Arghh..terbersin² saya. Penangan air terjun Sedim la ni. Sejuk sangat air dia.. Hurmmm saya hampir lemas sbnrnye. Alhamdulillah, pjg lg umur saya. Jom tgk photos!
Sedim, Sun, Oct 25th.









Aku.Rindu

Korang, aku rindu korang.. Uhuk =`(


Cdt to Wanie for the photo -2006-

Hari Ahad

Semalam hari yang best sangat. Dapat jupe K.Shikin dan g umah Atif.. Lama xjupe K.Shikin. Skg dia dah kawin..tapi still duk umah bujang kat Penanti sbb belum habis KPLI kat Maktab Perguruan Tuanku Bainun. Tgk gambar kawin K.Shikin....cantik sgt. Berseri², tambah pulak pkai songket merah tu. Atif plak rehat kat umah sejak sebulan lepas. Kandungan dia dh 7bulan dh. Nampaklah dia semakin membulat dan mengembang..huhu. Tak lama sangat kat umah Atif, sampai dalam pukul 2, pukul 5 dh gerak balik. Tapi xbalik pun, g singgah Jusco Bdr PERDA kejap utk beli barang² dapur. Walaupun rasa penat masih xhabis, tapi seronok sgt dapat jupe kkwn lama.





Hari Sabtu

Hari Sabtu lepas g Penang Island. Tujuan utama, ke umah parents Shahrol Hafiz. Ramai..kitorg berlapan, naik dua keta. Pkul 2 lebih gerak dari Kulim. Sampai sna, kitorg je tetamu yang ade (agaknya mmg nak jamu kitorg je kot). Ada nasi tomato, bihun goreng, salad dengan kuah kacang, kek coklat kukus...ermm byk la lagi (adoi tetiba rasa sgt lapar. xsanggup nak senaraikn lagi..huhu benti setakat ni je la ye).

entry ini disambung slps perut dh penuh
Saya xmkn byk sgt pun. Lps mkn nasi tomato tu, mls nk mkn yg lain². Kkwn yg lain, mkn bertambah² dan berjenis². Lps Asar kami pun beransurlah, tp ke Queensbay dlu. Jjln masuk Guardian la..Sasa la.. Sebabkan saya xde budget utk sopin² ni, saya cuci mata je la. Opss tapi ada la 1 mende yg saya beli; sunscreen utk keta. Bape sgt pun harganya; RM4.50 je..huhu. Lps solat Maghrib, kitorg pun gerak blk Kulim. Borak punya borak dlm keta, lapar la plak. Singgah McD Seberang Jaya; DriveThru. Saya amik large set doublecheese burger, nk dpt gelas punya pasal..hahaha. Melayang la RM14.10 utk set tu. Xpe, utk mkn xpe.. Sampai umh, duk rehat jap..solat then bumbum la. Gudnite =D

markey

sakit ati sangat ngn sorg bapak org ni..kuang aja btol! bangang! nth mna dia letak otak dia nth.. kita dh bg signal utk parking, dgn senang ati je masuk depan keta kita. terpaku sekejap ngn perangai manusia cmni. pastu dgn selambe cipannya terus jalan masuk kedai. kang aku langgar moto ko kang, terus penyek! sabar²..puasa kna banyak sabar. kasi peluang sama dia, kot dia nak adjust parking. xdenyerrr...dia wat derkk je. huih xle sabar ni..PINNNNNNNN! PIN! PIN! PINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!... haa, dh geram sgt dh tu! tp blh dia wat selamba, xfhm bahasa isyarat ni? bengap! muka dah merah², badan pun dh menggigil thn marah. masuk kedai, g cari bapak orang tu. "abang nmpk x saya bg isyarat nak masuk parking td? selamba je abang masuk"..berbahasa gak la wlpn tgh marah sgt². "ermm xpelah, dh nk alih dh". hati kering btol! cedih..kurang pahala puasa sbb marah..uhuk

Air Oh Air!

Haru betol 3 hari ni...air takde! Pagi tadi terpaksa tadah air hujan untuk mandi.
Hari Ahad lepas dah rasa aliran air tak sekuat biasa. Tapi takde la suspek pape.
Pagi² buta hari Selasa, terpaksa tadah air dari sinki dapur. Nasib baik sebelum g kje, air ade balik.
Semalam ngan hari ni, air langsung takde. Huh..tension betol!
Harap rahmat dan kasih sayang Allah je la untuk bagi air hujan.

post-raya

Hari pertama kembali ke office selepas lebih seminggu bercuti. Arghh malasnya! Blurr..

=(| ulangtahun


Selamat Hari Lahir ke 17 untuk Iman. 









Location:  Jusco Metro Prima, Kepong
Date: 26 Sept 2009
Time: 12.05PM

Kulim - KL

Baki cuti tinggal hanya 2 hari je. Ahad nanti dah kena balik Kulim. Arghh..sedihnya + malas nak mulakan kje. Ahad nanti, awal² pagi dah nak mulakan perjalanan. Harap² dapat gerak dalam pukul 7 macam seminggu lalu semasa buat perjalanan dari Kulim ke KL. Hari tu saya konvoi dengan K.Min dan Qama. Dorang berdua naik kereta yang sama. So konvoi 2 kereta la ni. Alhamdulillah, perjalanan lancar di lebuhraya PLUS menghala ke Selatan.

Tapi ade cerita yang agak menarik untuk saya kongsikan..hehe. Pagi tu saya sahur dengan air Nescafe, so kebiasaannya saya akan kerap kencing la. Saya called K.Min supaya berhenti di mana² hentian yang terdekat. Tapi lebih 5 kali saya cuba, K.Min tak jawap panggilan saya. Mungkin dia tak perasan ada call. Adoyai macam mana ntah saya nak btau K.Min ni. Dekat² dengan Hentian Sebelah Taiping, saya pintas kereta Qama dan bagi signal ke kiri tapi malang bagi saya, Qama pintas saya semula..bertambah malang hentian tu ditutup untuk penyelenggaraan. Takpe² boleh tahan lagi ni. Saya teruskan perjalanan di belakang kereta Qama. Sampai dekat² dengan hentian seterusnya, saya nekad nak berhenti jugak. Takpe lah kalau dorang nak teruskan perjalanan tanpa saya..InsyaAllah takde pape.

Sebelum ke tandas, K.Min called, dia baru perasan saya takde di belakang.
"Norin nape benti? Ada masalah ke?"
"Tak..orang nak kencing. Orang called K.Min banyak kali..uhuk tapi K.Min tak angkat."
"Sorry².. akak tak perasan."
"Takpe².. K.Min ngan Qama gerak la dulu, takyah tunggu orang. InsyaAllah takde pape. Orang OK. Kirim salam kat Qama ye. Selamat Hari Raya, K.Min"
Saya pun pergilah membuang hajat. Selesai kencing (hehe), belum pun saya start engine kereta, K.Min called lagi.
"Norin kat mana ni?"
"Orang kat sini lagi. Baru balik dari toilet. K.Min kat mana?"
"Akak kat depan ni. Berhenti, tak gerak"
"Hah, K.Min tunggu orang ke?"
"Eh, tak...jammed. Jammed tak gerak langsung. Nasib baik Norin singgah kencing tadi. Kalau tak..terkencing atas highway plak nanti. Hehehe"
"Heeeee" =D
Saya pun start engine kereta, dan sedia untuk mulakan perjalanan. Terpandang meter minyak yang tak sampai separuh, dan terjeling Caltex di sebelah kiri, tapi tak sedetik pun hati ni nak isi minyak. Selambe je!

Belum pun 15mins perjalanan, saya pun sampailah di tempat yang mula jammed tu. Pastu barulah menyesal nape tak isi minyak tadi. Padan muka! Dengan selambe gak saya matikan engine kereta selepas terngiang kata K.Min yang jammed tak bergerak..hehe. Huih lama gak la tersangkut dalam jammed tu. Pastu tiba² barulah gerak sikit², gelabah saya start semula engine kereta..hee =D. Rupanya ada lori tangki minyak Esso terbakar. Lepas je lintas tempat kejadian tu, perjalanan pun kembali lancar. Saya singgah di R&R Sg.Perak untuk isi minyak. Selepas tu, disebabkan tak berkonvoi lagi, saya bawak satu dua..satu tiga. Kekadang tu tak sedar boleh sampai satu empat..satu lima. Sumpah saya tambah tekanan pada accelerator tu. Tiba² je boleh sampai satu lima. Sekarang ni risau gak kalau² lepas raya ni dapat surat cinta..huhu.

Saya.......

Hati saya sakit..
Saya sedih..
Saya kecewa..
Harapan saya tak kesampaian..
Saya geram..
Saya marah..
Saya bingung..
Saya rindu dia..
Tapi mengapa hanya saya?
Mengapa bukan berdua?

Salam EidulFitri

Semakin meningkat usia, semakin hambar kemeriahan EidulFitri dirasai. Namun kedatangan EidulFitri tetap terasa berbeza berbanding hari² biasa, masih ada kelainan dan keistimewaannya.

Dikesempatan ini, saya ingin mohon maaf kepada semua terhadap salah silap yang disedari mahupun yang tidak. Maaf kerana kekangan masa tidak dapat saya mengutuskan kad raya mahupun SMS kepada semua. Namun begitu dengan rasa rendah diri, saya mohon ampunkanlah saya dan minta halalkan kesemuanya.

Jom!

Jom sopin raya..

Jom g Snwy Carnival Mall..

ihik =D

Nk try blh? Huhu..

Pendek.Akal - Pemikiran.Sempit

Pelajar serang Kedutaan Malaysia dengan telur busuk



JAKARTA: Selepas serangan penggodam besar-besaran ke atas lebih 120 laman web Malaysia, berpuluh pelajar menyerbu Kedutaan Malaysia di sini semalam dan melemparnya dengan telur busuk dan cuba menaikkan bendera Indonesia.

Perhimpunan di luar kedutaan di Jalan Rasuna Said, Jakarta Selatan dikawal ketat polis, namun tiada penunjuk perasaan dihalang atau ditahan.

Bagaimanapun, polis campur tangan apabila seorang pelajar cuba memanjat pagar kedutaan untuk memasang bendera Indonesia.

Polis dan pelajar terbabit dalam adegan tarik menarik cuba untuk mendapatkan bendera itu, namun polis akhirnya berlembut dan pelajar berjaya memasang bendera di pagar kedutaan.

Seorang penunjuk perasaan memberitahu Metro TV bahawa perhimpunan itu adalah tindakan membantah kontroversi terbaru membabitkan penggunaan tarian tradisi Bali dalam promosi pelancongan Malaysia.

Hubungan panas sedia ada antara negara jiran itu mencapai ketegangan baru minggu lalu selepas dakwaan bahawa lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, ditiru daripada lagu Indonesia, Terang Bulan.

Dakwaan bahawa tarian Bali digunakan untuk mempromosi satu rancangan televisyen mengenai Malaysia walaupun sudah dijelaskan tidak membabitkan agensi kerajaan Malaysia, sebaliknya pihak ketiga masih menjadi modal untuk memarahi Malaysia. - Agensi
-------------------------------------
Inilah sikap sebahagian rakyat negara jiran yang sempit pemikirannya. Geram betul saya. Kita tak pernah claim apa². Budaya dan adat antara dua negara ini hampir sama. Bukankah kita serumpun? Lagu Negaraku adalah adaptasi musik dari lagu rakyat Perak hampir lebih 100 tahun lepas. Sedangkan usia lagu Terang Bulan, saya yakin tak sampai pun 100 tahun. So siapa yang menciplak siapa ni? Bosan sangat dengan sikap mereka yang selalu buat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Malaysia Truly Asia bermaksud Malaysia adalah negara di mana pelbagai kaum dari Asia berkumpul. Kita adalah negara Multinational. Orang Siam dan Filipin pun dah ramai di Malaysia, apatah lagi orang Indonesia yang dah berkurun beranak-pinak di sini. Adat resam dan budaya mereka dibawa sekali ke sini. Maka tak hairanlah Malaysia punya banyak adat resam, aneka masakan dan tarian yang pelbagai. Namun, Malaysia tidak pernah claim Malaysia punya. Kalau mereka kata Malaysia pencuri, maksudnya mereka menyalahkan kaum keluarga mereka yang berhijrah ke sini dulu. Salahkanlah kaum keluarga mereka yang membawa tradisi adat resam ke sini.

dushh..kena batang idung!

I'm jobless..again. Opss mksud saya xde kje nk dibuat, saya masih di sini sebagai intern di syarikat semiconductor milik Khazanah Negara. Sume lot dah saya siapkan SERI-nya, sekarang tengah run dalam fab. Tunggu call dari manufacturing je, klu² ade issue. Bosannya melangut cmni.. Teringat pulak kat si dia. Malam td dia tanya "minat x kje tu? klu orang minat ngn kje dia, dia akan usaha cari kje. dia xkan penah duk diam". Huhu terasa pedas plak. Betul gak pernyataan tu..hurmm

Aktiviti.Selepas.Hujan

Pagi tu selepas sahur dan solat subuh..biasalah sume sambung tido balik, kecuali Mbah Kanang yang gegas gi menoreh. Mak tido kejap je, memang jenis yang tak gemar tidur, hanya tidur bila betul² ngantuk. Tak macam anak² Mak yang memang suka tido (kalau dalam bahasa jawanya "doyan turu" heee =D). Baru dapat menyapu satu pokok, hujan turun lebat. Hujan turun dalam pukul 8, hoh kitorg yg tengah tido msa tu, lagi sedap tido la.  


Sila abaikan postur seksi dalam gambar =D hee..
Lepas hujan reda, masing² pun dah puas tido, Mbah Kanang pun dah balik dari menoreh, kitorg dikerah kutip buah duku kat kebun belakang umah Mbah. Mbah Kanang panjat, kami kat bawah kutip. Sesekali kenalah dua tiga das buah duku yang jatuh dari pokok..huhu sakit gak la. Mbah Kanang kitorg walaupun dah berumur 74 tahun, tapi dia masih sihat dan kuat. "Mbah tak mintak lebih, Mbah cuma mintak Allah bg Mbah sihat je". Ye, Alhamdulillah Allah bagi Mbah sihat walaupun umurnya dah banyak.
satu lagi pose seksi..huhu 
  
  
  
 
ni Queen kitorg, Mbah Yah
 
 
  
 
Buah hati kitorg, Mbah Kanang dan Mbah Yah. 
Sorting process in Quality Assurance depot..hee. Buah hati kitorg jadi 'cip' untuk pastikan kualiti buah duku yang bakal dibungkus.
 


up