Sesekali.Manjakan.Diri

Hari tu hari Jumaat. Balik kje lewat cket, dekat kul 8 baru balik (extra 3 hours without claimed OT, sbb xbley maa). Lepas mandi tetiba dapat SMS; "Akak wtpe?". Ni ayat permulaan yang kemudian disusuli dengan ajakan ke cinema. Malas sebenarnya, tapi kesian pulak kat si kurus tu..hee tambah pulak dia nak belanja tengok muvee. ON je la, teman je pun bukan susah kan?

Siap-siap dengan cepat; pakai tudung 'seghelong' kata orang Kedah. Tunggu tak sampai 5 minit, sampailah orang yang mengajak tu. Bagus, dia pun sempoi je. Bak kata dia, "ala Giant je pun, tak yah cantik-cantik"..hee  Teethy

Ok, dah siap. Tudung seghelong  Goofy 

Kami gamble je g situ sebab tak pasti ada lagi ke tak muvee masa tu. Kami gerak pun dah lebih kul 9, memang gamble je la. Kalau nasib baik, dapatlah tengok muvee. Bila sampai sana, rupanya ada je midnight muvee, ingatkan kat situ last show kul 9.30pm. Kul 11pm pun masih ade muvee. Tengok-tengok kat show board tu, takde la sangat muvee yang best. Tapi disebabkan dah sampai, rembat je Adele : Rise of Mummy.

Ni lah si kurus tu, Cik Siti ~ Adore her smiling face

Esoknya hati digaru-garu dengan perasaan NAK SOPINNN! Ahh, dia mula dah.. Buat pape pun tak kena. Ok, harus sopin. Dah tau dah nak ajak sape..hee  Goofy . Malam tadi dia ajak kita, hari ni kita ajak dia plak. Saya pun text la dia, wah jawapannya sangat memberansangkan. Nak aje dia..

Dalam pukul 12pm kitorg gerak g Jusco Perda (macam xde tempat len, tapi udah tempat feberet..so layann). Petua sebelum sopin, kena makan dlu. Sebab bila dah kenyang, nafsu kita dah kurang sikit. Ini membantu kita tak membeli barangan yang tak sepatutnya. Ok, got it? So makan dlu di Nandos. Tukar selera sikit, asik g McD, KFC, SR je..sesekali ubah selera la. Hahaha..actually ni first time masuk Nandos. Saya ni jenis tak reti mencuba, kalau ada kkawan takde la segan sangat  Teethy .



Saya suka enterior dia, berseri-seri. Color-color dia menarik dan blended. Kalau amek gambar dalam ni, confirm cantik la. Tambah pulak kalau ada skil photography dengan DSLR. Saya guna Nikon compact je..hee.

Dorg patut buat kaunter dekat sudut berhampiran pasu tu. 

Ni meal saya tengahari tu; 1/4 Chicken + 2 sideline

Lepas makan, barulah boleh sopin. Dari pukul 12++pm, sampai lah pukul 7++pm kami membakar lemak dengan berjalan ke sana ke mari mencuci mata dan sopin. Hasilnya, dapatlah 5 helai baju, dan beberapa barang dari Watson.


Ni je photo yang sempat snapped masa sopin

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up