Potong.Cakar.Bakar.Haha

Oh, ini bukan iklan broadband, urutan mahupun pembunuhan. Ini adalah entry tentang aktiviti 3 bulan sekali. Ya, rumputlah yang kita maksudkan. Ok, bersihkan fikiran masing-masing....... Dah? Alhamdulillah.

Saya dan housemates menyewa sebuah rumah teres 1 tingkat lot tepi. Tanah yang lebih tu luas jugak, boleh bina sebuah lagi rumah di situ. Dan menanam rumput yang tinggi melebihi ketinggian saya..hee.

Selepas bertahan dengan rumput yang tinggi selama lebih 2 bulan, kami pun buat keputusan panggil abang tukang mesin rumput tu. Murah je service abang tu, RM20 je (tak tau plak kalau dia saja bagi murah sebab saya comel...uwek..)

Persediaan awal, kereta diparkir di luar pagar rumah demi mengelakkan body kereta calar akibat batu-batu kecik yang mungkin terpelanting semasa pembersihan. Disebabkan hari Sabtu dah penat-penat sopin, so mestilah hari Ahad nak tido puas-puas. Kalau abang tu datang dalam pukul 9am, masa tu lah baru nak alih kereta..sure la terganggu tido. So dah park keta kat luar siap-siap malam tu.

Ni photo selepas abang tu siap mesin

Proses pemotongan rumput tu berakhir dalam pukul 10.30am (kot! sebab tak perasan ntah bila abang tu balik). Pukul 11.30 gitu, saya dan housemate mula meninjau keadaan di luar. Disebabkan murah, abang tu tak bersihkan kawasan tu. Siap-siap je dia terus blah. So kami pun mulakan menyapu, mengais rumput-rumput dan kumpulkan. Semuanya ada 3 kumpulan, pastu kami pun bakarlah rumput-rumput tu.  

Pembakaran terbuka bermula

Yeah sudah mula menampakkan kejayaan!

Huhuuu..asap yang putih dan cantik macam kapas (photo tak berjaya menampakkan ia menarik, kena alami sendiri..hee)

Cuaca memihak pada kitorg hari tu. Walaupun kami start pukul 11.30am, yang biasanya cuaca mula rembang, tapi hari tu cuaca redup je. Walaupun awan nampak berat, tapi tak hujan hinggalah kami selesai membakar. Kami penat sangat, tapi puas hati tengok laman dah bersih. Bermain-main asap (sampai jiran hantar anak kecik dia marah kami membakar..hee), tarik-tarik rumput, tebas daun pisang kering buat pemangkin pembakaran, tanam pokok bunga dalam pasu dsb. Seronok buat kje sama-sama.

Fogging. Hapuskan Aedes  Rolly 3 

4 jam kami di luar membersihkan laman. Letih tapi seronok. Lepas mandi dan solat, saya pun baring-baring luruskan pinggang. Nak tido tapi tak terlelap. Mungkin terlalu penat sampai tak boleh lelap. Golek-golek atas katil sampailah rasa lapar. Kletang-kletung bunyi kat meja makan, rupanya Kak Na tengah uli tepung untuk buat roti arab. Alhamdulillah, ade rezki petang tu.

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up