Saya tak mahu berhenti berharap. Tapi saya tak mahu kecewa lagi. Maka dengan itu, saya tak akan mohon cuti pada awal bulan depan. Cuti Awal Muharram jatuh pada hari Selasa. Sebenarnya ini peluang saya untuk mohon cuti pada 6hb, hari Isnin tu dan bercuti di KL.
Sebagai seorang yang diberikan Allah rezeki jauh dari keluarga, tentulah saya sentiasa ambil peluang macam ni. Namun saya kenal diri saya. Kalau saya balik, saya tentu akan letakkan harapan. Dan saya SANGAT YAKIN harapan saya akan hancur lagi. Saya tak nak kecewa lagi, saya tak nak menangis lagi. Biar saya jauh di sini, bila jauh tiadalah harapan. Tiada harapan bermaksud tiada kekecewaan. Tiada rasa sakit~
2 comment(s):
salam ziarah..
banyakkan berdoa pada Allah.. Mudah2an segala urusan dipermudahkan.. Sesungguhnya Dia maha mengetahui apa yg terbaik untuk hambanya.. jgn sedih2 yer :)
Terima kasih, Cik Puan Bunga =)
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!