Nasi.Goreng.Tapayya =D

Ini kisah lucu sebenarnya, dah lama berlaku kira-kira 5~6 tahun lepas. Masa tu adik saya, Iman masih budak-budak lagi.

Mak kitorang jarang hidangkan kami dengan makanan dari kedai, dan kami jarang dibawa ke kedai makan. Abah pun lebih prefer masakan mak daripada makanan dari luar. Jadi kami kurang terdedah dan tak biasa dengan menu yang ditawarkan.

Ada satu hari ni, mak takde kat umah <tak ingat ke mana>. Tinggalkan Abah, saya dan Iman kat umah. Masing-masing dah lapar, jadi called Abang untuk belikan makanan dari luar. Masak sendiri? Saya? Owh..tidak sekali! Saya memang takde bakat di dapur.

Sedang tanya-tanya nak makan apa, si Iman cakap nak makan nasi goreng tapayya. Hah? Tapayya? Kehkehkeh dah pecah perut dah gelak-gelak =D. Saya cakap "So tak payah la!" Gelak-gelak lagi...kehkehkeh. Hikhikhik Abah dah berair mata dah gelak-gelak. Iman..Iman.. Seb baik among family je, kalau ngan kawan-kawan, sure nyorok bawah meja seharian~


Nota dengkol:- Sila bagi pendedahan pada anak-anak supaya kelak mereka tak rasa malu dengan kawan-kawan. Hehehe

Gaddafi?

Kenapa ye, saya rasakan tidak seharusnya dia dibunuh sebegitu walaupun telah jelas dia adalah diktator yang kejam? Ermm..kesian pulak saya lihat gambar mayat dia diperlakukan sebegitu rupa. Alahai~

Ironi bagaimana dahulunya dia seorang yang kononnya hebat ditemui bersembunyi di salur kumbahan yang bercampur najis dan sampah merayu tidak dibunuh oleh mereka yang digelarnya 'tikus'. Kisahnya sama dengan Saddam Hussien yang dulunya juga tinggal di istana yang tersergam juga ditemui bersembunyi di salur kumbahan. Setinggi mana kedudukan seseorang, akhirnya dibawah tanah juga tempatnya.

11.10.11

Pagi hari Selasa tu saya bangun awal. Sambil bersiap-siap, saya terfikir nak singgah petrol pum untuk isi angin tayar kereta sebelum sampai ke office. Disebabkan hujung minggu sebelum itu saya balik KL dengan bus, jadi saya fikir saya perlu check angin tayar kereta yang dibiarkan selama dua hari.

7.30 pagi, saya melangkah keluar dari rumah. Belum pun keluar pagar untuk ke kereta yang diparkir di luar, saya terpana sekejap tengok kedua-dua tayar depan dan belakang di sebelah pemandu flat. Errrr..nape tu? Sentap mak, nyah! Saya patah balik masuk ke rumah dan simpan handbag serta bag laptop yang saya galas. Ada orang nak car jacking aku ke?

Pusing keliling kereta dan perasan kedua-dua tayar depan dan belakang di sebelah penumpang pun flat jugak. Huh, total semua empat tayar pancit. Adoii, macam mana ni? Dalam hati dah syak ni kerja budak-budak nakal yang selalu lepak depan rumah. Depa ni takde kje lain ke? Gatal tangan buang angin tayar kereta orang buat pe? Macam mana pun, memang tak boleh nak drive untuk isi angin. Semua empat tayar flat langsung, kalau gerak jugak nanti rosak pulak rim. Arghh..lantaklah, petang nanti lepak balik kerja aku settle. Sekarang kena call K.Lisa dulu. Nak mintak tumpang..hehehe. Tapi belum sempat K.Lisa sampai, Aliaa dah menghulurkan bantuan.

Petang tu, mintak tolong pada Ana untuk hantarkan saya ke kedai tayar. Selepas diceritakan masalah, dorang datang dengan bawak empat biji tayar terpakai. Gantikan sementara kepada kereta saya, lalu bawak pulak empat tayar saya yang flat tu untuk diisikan angin. Tapi, sekali dorang buat ujian dalam air, rupa-rupanya semua empat biji tayar tadi bocor (lebih tepat, dibocorkan..damn!). Dahlah tempat yang bocor tu kawasan yang tak boleh tampong. Terpaksalah saya ganti semua 4 biji tayar tadi dengan setiap satunya berharga RM200. Rabak aku!

Bujang.Itu.Sunyi

Saya rasakan hidup sendiri di negeri orang semakin sunyi. Mungkinkah kerana umur semakin meningkat, lalu rasa ini muncul?

Sejak rasa ini muncul, saya kurang beri tumpuan pada kerja. Tambah pula kerja-kerja kat office kurang akhir-akhir ni. Kekadang tu seharian tak buat ape-ape. Dah jadi low motivation dan tak productive langsung. Hati mula diaruk untuk cari kerja di KL. Saya nak dekat dengan famili.

Hidup bujang punya cabaran tersendiri. Lepas satu, satu masalah timbul. Kalau hidup dekat dengan famili, adalah tempat untuk mengadu.

Tips.For.Ladies

READ THIS MESSAGE AND UNDERSTAND 
WHY YOU MUST GET INTO THE HABIT OF REVERSE PARKING


WARNING FROM POLICE
THIS APPLIES TO BOTH WOMEN AND MEN
BEWARE OF PAPER ON THE BACK WINDOW OF YOUR VEHICLE--
NEW WAY TO DO CARJACKINGS (NOT A JOKE)'


Heads up everyone! Please, keep this circulating.. You walk
across the car park, unlock your car and get inside. You
start the engine put it into Reverse.

When you look into the rearview mirror to back out of your
space, you notice a piece of paper stuck to the middle
of the rear window. So, you stop and jump out of your car to remove that paper (or whatever it is) that is obstructing your view.
When you reach the back of your car, that is when the carjackers appear out of nowhere, jump into your car and take off. They practically run you over as they speed off in your car.

And guess what, ladies? I bet your purse is still in the car.
So now the carjacker has your car, your home address, your
money, and your keys. Your home and your whole identity are
now compromised!

BEWARE OF THIS NEW SCHEME THAT IS NOW BEING USED

If you see a piece of paper stuck to your back window, lock your doors and just drive away.
Remove the paper later. And be thankful that you
read this e-mail. I hope you will forward this to friends and
family, especially to women.
A purse contains all kinds of personal information and identification documents, and you certainly DO NOT want this to fall into the wrong hands.

Please tell all your friends

up