Gaddafi?

Kenapa ye, saya rasakan tidak seharusnya dia dibunuh sebegitu walaupun telah jelas dia adalah diktator yang kejam? Ermm..kesian pulak saya lihat gambar mayat dia diperlakukan sebegitu rupa. Alahai~

Ironi bagaimana dahulunya dia seorang yang kononnya hebat ditemui bersembunyi di salur kumbahan yang bercampur najis dan sampah merayu tidak dibunuh oleh mereka yang digelarnya 'tikus'. Kisahnya sama dengan Saddam Hussien yang dulunya juga tinggal di istana yang tersergam juga ditemui bersembunyi di salur kumbahan. Setinggi mana kedudukan seseorang, akhirnya dibawah tanah juga tempatnya.

1 comment(s):

nOtCinDeReLLa said...

setiap kejadian ada baik dan buruknya.

beberapa sumber yang saya baca, dinyatakan bahawa Gaddafi telah difitnah hingga dia ditentang oleh rakyatnya angkara propaganda barat. Wallahualam..

tapi hati saya tersentuh dengan kebajikan yang dilakukan pada rakyatnya (jika maklumat itu benar). tanpa cas untuk sumber elektrik, setiap ibu yang melahirkan diberi ganjaran USD5k. woo pemimpin hebat yang digeruni barat. lalu barat mengapi-apikan hati rakyat dengan fitnah terhadap Gaddafi.

Gaddafi, apa pun yang kamu telah lakukan di dunia, pasti Allah menilainya kerana sesungguhnya Allah itu Maha Adil.

apa yang saya kesal, jenazah Gaddafi dihina oleh rakyatnya sendiri. walau teruk mana pun 'kekejaman' dia, tak patut dibuat sebegitu jenazahnya. bangga sungguh rakyatnya yang macam takde tamadun ambil gambar dengan jenazah dia. siap senyum2 meraikan kematian dia. bodoh!

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up