Nasi.Goreng.Tapayya =D

Ini kisah lucu sebenarnya, dah lama berlaku kira-kira 5~6 tahun lepas. Masa tu adik saya, Iman masih budak-budak lagi.

Mak kitorang jarang hidangkan kami dengan makanan dari kedai, dan kami jarang dibawa ke kedai makan. Abah pun lebih prefer masakan mak daripada makanan dari luar. Jadi kami kurang terdedah dan tak biasa dengan menu yang ditawarkan.

Ada satu hari ni, mak takde kat umah <tak ingat ke mana>. Tinggalkan Abah, saya dan Iman kat umah. Masing-masing dah lapar, jadi called Abang untuk belikan makanan dari luar. Masak sendiri? Saya? Owh..tidak sekali! Saya memang takde bakat di dapur.

Sedang tanya-tanya nak makan apa, si Iman cakap nak makan nasi goreng tapayya. Hah? Tapayya? Kehkehkeh dah pecah perut dah gelak-gelak =D. Saya cakap "So tak payah la!" Gelak-gelak lagi...kehkehkeh. Hikhikhik Abah dah berair mata dah gelak-gelak. Iman..Iman.. Seb baik among family je, kalau ngan kawan-kawan, sure nyorok bawah meja seharian~


Nota dengkol:- Sila bagi pendedahan pada anak-anak supaya kelak mereka tak rasa malu dengan kawan-kawan. Hehehe

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up