7.30 pagi, saya melangkah keluar dari rumah. Belum pun keluar pagar untuk ke kereta yang diparkir di luar, saya terpana sekejap tengok kedua-dua tayar depan dan belakang di sebelah pemandu flat. Errrr..nape tu? Sentap mak, nyah! Saya patah balik masuk ke rumah dan simpan handbag serta bag laptop yang saya galas. Ada orang nak car jacking aku ke?
Pusing keliling kereta dan perasan kedua-dua tayar depan dan belakang di sebelah penumpang pun flat jugak. Huh, total semua empat tayar pancit. Adoii, macam mana ni? Dalam hati dah syak ni kerja budak-budak nakal yang selalu lepak depan rumah. Depa ni takde kje lain ke? Gatal tangan buang angin tayar kereta orang buat pe? Macam mana pun, memang tak boleh nak drive untuk isi angin. Semua empat tayar flat langsung, kalau gerak jugak nanti rosak pulak rim. Arghh..lantaklah, petang nanti lepak balik kerja aku settle. Sekarang kena call K.Lisa dulu. Nak mintak tumpang..hehehe. Tapi belum sempat K.Lisa sampai, Aliaa dah menghulurkan bantuan.
Petang tu, mintak tolong pada Ana untuk hantarkan saya ke kedai tayar. Selepas diceritakan masalah, dorang datang dengan bawak empat biji tayar terpakai. Gantikan sementara kepada kereta saya, lalu bawak pulak empat tayar saya yang flat tu untuk diisikan angin. Tapi, sekali dorang buat ujian dalam air, rupa-rupanya semua empat biji tayar tadi bocor (lebih tepat, dibocorkan..damn!). Dahlah tempat yang bocor tu kawasan yang tak boleh tampong. Terpaksalah saya ganti semua 4 biji tayar tadi dengan setiap satunya berharga RM200. Rabak aku!
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!