alaaa =(

السلام عليكم


ermm..nak mencebik je rasanya. td en.syg ckp nak kje atas kapal lps kawin nnt. berlayar la maksudnya, jauh dan lama terpisah jugak la maksudnya.. cebik.. cebik..

Do You Know?

jeng..jeng..jeng.. tetiba bunyi pingpong intro lagu Enrique kedengaran..
♫do you know.. do you know♫
hehehe.. kidding

السلام عليكم

hye everybody! wah, tetiba dalam mood teruja pulak
excited-nyer Norina, kenapakah? uhuhu..
xdelah, tetiba terlintas dalam hati yang saya sayang blog saya ni
kenapa? sebab saya boleh cerita ape saja dengan panjang lebar di sini
yang mana fesbuk bukan medium yang sesuai untuk saya berbuat demikian 
blog ni juga adalah passion saya 
ermm yelah, walaupun tak sehebat blog lain kan
sini adalah medium untuk saya lari daripada kebosanan fesbuk

Silent.Sunday

السلام عليكم



Punca.Lambat.Ke.Office

السلام عليكم


Teruja nak cerita mimpi mengarut pagi ni. Walau apa pun, mimpi cuma mainan tidur. Lebih-lebih lagi mimpi selepas Subuh, haruslah dari syaitan yang nak melekakan manusia.

Gambaran mimpi tu bermula dengan lokasi depan rumah sewa sekarang. Nampak seorang kenalan (rival)  baru sedang panaskan engine untuk pergi kerja kot (watak dia habis macam tu je). Saya pula sedang buka gate untuk keluar. Peliknya, saya berjalan kaki dengan pakai pinafore uniform sekolah. Tau-tau je saya sedang berjalan berkaki ayam di pantai (macam tau je saya suka ponteng sekolah masa kecik-kecik dulu).

Sambil berjalan-jalan, makan lolipop plak tu. Hadoyai~ Tetiba macam terperasan seorang lelaki iras celebrity chef sedang curi-curi amik gambar saya. Well, macam la ko tu super model mahal sampaikan nak marah-marah kalau orang amik gambar ko kann.. Saya pun tak pedulikan je. Jalan-jalan sampai satu rumah tumpangan tepi pantai. The guy tak tau ke mana.

Out of no where, tetiba adik-adik saya balik dari sekolah terus ke rumah tumpangan tu. Haish, nama pun mimpi kan, haruslah mengarut. Adik lelaki usik-usik saya sambil pass dinner invitation plate from that guy. Plate y'all~ bukan card, tapi plate. Siap ada ukiran nama saya lagi..huhu. Demi menjaga adab, tak terniat pun nak g dinner tu dengan stranger. Lalu mimpi tu pun berakhir di situ~ Yeah, terbuai sekejap dengan mimpi tu. Memanglah itu sumpah syaitan, melalaikan manusia. Mana tak nya, sebabkan mimpi tu saya terjaga semula pukul 7.30am. Maka lambatlah saya sampai opis hari ni.

API di Kuala Lumpur

السلام عليكم


Last week on Friday, saya balik KL lagi. Dari Kulim pukul 6pm, sampai dekat Menara Maybank lebih kurang pukul 10.30pm. Sambil borak-borak dengan Shafaq sementara tunggu kakak Shafaq ambil untuk ke Kepong, saya dongak-dongak tengok sekeliling. Alahai, teruknya keadaan udara di KL sebabkan jerebu. Agak terkejut sebab semasa di Kulim, walaupun nampak agak hazy, tapi masih terkawal. "Kesian, KL saya tak sihat"


Esoknya, pada pagi Sabtu, keadaan udara tercemar tu jelas ketara. Jarak pandangan cuma lebih kurang 5km je. Menurut Berita Utama, bacaan API di kawasan berdekatan Kepong mencapai tahap Unhealthy.

AIR POLLUTANT INDEX (16-06-2012)



NEGERI / STATEKAWASAN/AREAMASA/TIME
7:00AM
MASA/TIME
11:00AM
MASA/TIME
5:00PM
JohorKota Tinggi46*47*45c
JohorLarkin Lama49*48*48*
JohorMuar59*58*57*
JohorPasir Gudang61*60*60*
KedahAlor Setar75*75*74*
KedahBakar Arang, Sg. Petani71*71*69*
KedahLangkawi62*61*58*
KelantanTanah Merah92*93*90*
MelakaBandaraya Melaka67*67*60*
MelakaBukit Rambai64*64*64*
Negeri SembilanNilai94*100*100*
Negeri SembilanPort Dickson70*72*67*
Negeri SembilanSeremban76*82*80*
PahangBalok Baru, Kuantan63*62*59*
PahangIndera Mahkota, Kuantan59*58*60c
PahangJerantut70*70*73*
PerakJalan Tasek, Ipoh81*78*77*
PerakKg. Air Putih, Taiping69*69*70*
PerakS K Jalan Pegoh, Ipoh76*75*77*
PerakSeri Manjung81*80*81*
PerakTanjung Malim88*88*96*
PerlisKangar64*63*59*
Pulau PinangPerai72*70*71*
Pulau PinangSeberang Jaya 2, Perai80*77*75*
Pulau PinangUSM67*67*68c
SabahKeningau50*50*49*
SabahKota Kinabalu40*40*39c
SabahSandakan40*39*38*
SabahTawau39*39*43*
SarawakBintulu60*59*60*
SarawakILP Miri64*68*#
SarawakKapit45*46*46*
SarawakKuching54*55*55*
SarawakLimbang37*38*40*
SarawakMiri###
SarawakSamarahan51*51*51*
SarawakSarikei51*50*48*
SarawakSibu37*37*36*
SarawakSri Aman38*38*38*
SelangorBanting117*120*116*
SelangorKuala Selangor101*101*101*
SelangorPelabuhan Kelang144*142*140*
SelangorPetaling Jaya127*131*130*
SelangorShah Alam129*130*128*
TerengganuKemaman70*70*69*
TerengganuKuala Terengganu80*82*84*
TerengganuPaka59*60*62*
Wilayah PersekutuanBatu Muda,Kuala Lumpur127*128*127*
Wilayah PersekutuanCheras,Kuala Lumpur129*133*130*
Wilayah PersekutuanLabuan52*52*54*
Wilayah PersekutuanPutrajaya97*101*98*
Source: JAS

API

Status

Areas

%

0-50Good1122%
51-100Moderate3163%
101-200Unhealthy714%
201-300Very Unhealthy00%
>301Hazardous00%













Mujurlah walaupun dalam keadaan berjerebu, awan masih sudi memuntahkan isinya. Selepas hujan, nampaklah segar sedikit. Di Kulim pula, dah seminggu juga tak hujan. Semakin lama, jerebu semakin ketara. Semoga keadaan udara lekas pulih. Aminn.

p/s Sedang cuba elakkan daripada makan di luar. Makan je lah apa-apa yang ada kat cafe, walaupun kurang sedap. Hehehe

do u miss me that much?

السلام عليكم


Thanks for viewing my humble blog. I dont know who u are, but I noticed u come visiting my blog almost everyday. Whoever you are, thanks for supporting (caring..hehe).

Recently, most of my blogging time spent for viewing Malaysian famous female bloggers' blog. See how they fashioned, stories. Adore (envy) how they create the 'freshness' into their blog. Anyhow, I stand "just be yourself"~

Sales Happening

السلام عليكم


Do you know there is bedding sales happening in Sogo? I just knew about it. Bikin panas sungguh! Maunya aku balik KL tiap-tiap minggu kalau macam ni.


Alahai, baru je menafikan diri ni bukan seorang yang shopaholic dalam entry tadi.

NO! Saya bukan shopaholic

السلام عليكم


Tolong..tolong.. Kenapa? Kenapa? Arghh..kenapa rasa gila nak bershopping ni? Ni semua nafsu! Ye, nafsu semata! Inhale..exhale..inhale..exhale.. Istighfar banyak-banyak. Astaghfirullahalazim~

Saya suka dress ni, tapi colleague saya kata fit dan akan menampakkan perut. Uwaaa..sangat jujur komen itu =`(
Very nice, isn't it?

UPDATED
Dress from Thepoplook. Hangat di pasaran ni. Sekarang OUTOFSTOCK wa cakap lu. Hehehe


DIY Project 1

السلام عليكم


Project malam ni, bunga crepe. Pepandai bagi nama bunga crepe sebab guna crepe paper. Amik idea daripada bunga tisu, cara yang sama, maka terhasil bunga crepe.


Berpantunlah Kiter

السلام عليكم


Pantun dua kerat haru-biru hari ni

Dalam mulut ada ulcer
Kalau tak sakit takper

Sakit memang sakit
Bila makan lagilah sakit

Ada sebab Allah bagi ulcer
Supaya cakap yang penting-penting ajer

Bermula dengan demam lidah kelat
Bila dapat ulcer cakap pun jadi pelat

Cerita.Panjang

السلام عليكم


Marilah kita lapangkan hati dan sedar bahawa tidak semua yang kita rancang berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Dalam beberapa keadaan, kita terpaksa mengutamakan sesuatu yang tidak termasuk dalam perancangan. Walau bagaimanapun, pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku kerana Allah Maha Mengetahui.

Last week cuti 4 hari bermula Jumaat hingga Isnin. Seperti biasa, kalau dah cuti-cuti ni, haruslah balik KL. Sebelum balik tu, dalam kepala penuh dengan program-program yang nak dibuat bila balik nanti. Paling penting, nak buat persediaan baju kenduri. Kononnya nak g Jakel, survey-survey, kalau berkenan terus beli. Tapi tinggal angan-angan je..

Hari Jumaat pagi, sebelum kul 8.30am dah sampai EON service. Hampir setengah hari, akhirnya terpaksalah swipe cc RM400 ++ utk service dan repair. Petangnya, g rumah Abang menjenguk Ahmad Thariq. Tumpang solat Maghrib, kemudian gerak balik Sagil; rumah Embah Kanang. Balik berlima dengan Mak, Iffah, Alim dan Haziq; abang si Thariq.

Imbau perbualan petang Khamis; on the way drive balik KL.
"Assalamualaikum"
"Wa'alaikumussalam, Mbah. Kabare?"
"Alah, biasalah orang tua, Ren. Kat mana ko?"
"Noren, on the way balik KL ni, Mbah. Baru gerak dari Kulim"
"Ye ke? Hati-hatilah. Ko tak teringin nak makan durian ke, Ren? Kalau teringin, baliklah. Durian dari kebun banyak ni"

Isyarat orang tua. Dia nak direct cakap suruh kita balik, xdelah. Tapi sebagai orang muda, kita fahamlah sebenarnya dia suruh balik tu..

Tidur semalam kat rumah Embah. Paginya, dengan tak malu menuai hasil kampung sumbat dalam boot. Pukul 2.30pm gerak balik ke KL semula. Pukul 5.30pm dah sampai KL. Hantar Haziq balik rumah Abang. Kononnya hari Sabtu tu jugak nak balik Sabak pulak, tapi tak larat. Abah dah pesan, jangan pulak tak balik Sabak. So, cannot escape!

Pagi Ahad, selepas Subuh - Tepat pukul 7am kitorang berempat gerak ke Sabak melalui LATAR. Believe it or not, pukul 8.50am dah sampai. Singgah rumah Siwo Lee sarapan dulu, sebelum balik rumah Embah Sirah. Mujur juga singgah rumah Siwo Lee, sebabnya bila sampai kampung, semua orang takde, semua dok berlonggok kat rumah sebelah. Embah Timah jiran sebelah buat majlis kahwin anaknya yang bongsu. Sebelum Zuhur, Mak ajak balik sebab Mak nak g kenduri kat Selayang pulak.

Last day. Selepas Subuh, kul 7.10am dah gerak ke rumah Abang. Kakak mintak tolong hantarkan ke klinik kesihatan. Thariq kena jaundice, sebabkan ward penuh, doktor suruh balik tapi kena check darah everyday. Alhamdulillah, semakin beransur pulih.

Pukul 4pm, bermula sekali lagi journey yang panjang jugak; KL to Kulim. Pukul 7.30pm sampailah Kulim dengan letihnya. Maka terkuburlah angan-angan nak g Jakel. Harus cuba lagi minggu ni. Yeah!!



up