So Boring, So Sad

السلام عليكم


Hari Jumaat yang sepatutnya indah, tapi kebosanan sebab sejak pagi tak dapat kerja daripada boss. Tak larat nak pura-pura busy dah. Super big boss empat lima kali lalu, agaknya eyeing on me. Ah, lantaklah! Memang hati ni dah rasa tawar untuk bekerja.

Tengahari kuar ngan Siti gi Giant. Makan dan beli hadiah untuk farewell Dija. Sementara tunggu Siti ke kereta untuk ambil pendrive, masuk kedai emas tengok-tengok rantai tangan. Hurm..current price RM195/g, tapi kedai tu bagi RM180/g. Tengok je, sebab esok bercadang ke Penang Island untuk survey. Kononnya kat Island lebih murah.

Siti called, dia cakap Kak Asmah ngan Dija ada kat Giant jugak sebab nampak kereta Kak Asmah kat parking lot. Alamak takut kantoi, so berhati-hati semasa melangkah. Siti tunggu di kedai gambar untuk print gambar department dia. Nak letak dalam photo frame yang dibeli tadi. Selesai print, terus ke kereta untuk balik office.

Oh, tidak..dah alang-alang dekat ngan McD, drive-thru eskrem. Pergh punya ramai orang dalam McD dan Drive-Thru. Tapi tak peduli, I need ice-cream. Agak stress seminggu ni~

Balik office sama masa ngan orang yang balik daripada solat Jumaat. Hurm..lama lah tu. 2 jam kot berpoya-poya. Ish..ish agak-agak berkat ke gaji ni? Tapi kerja memang takde pun. Kalau ganti 2 jam tadi dengan balik lewat 2 jam pun tak guna gak. Nak watpe kat office? Tercongok je?

Sampai kat cube, bukak email check kot-kot boss bagi kerja ke. Takde pun.. Email daripada big boss yang masuk. Officially announced that my boss left the team to lead another team effectively on Sept 26th. Rumor yang diperkatakan benar belaka. I am so sad! Tak sangka my favorite boss being snatched out from our team. Saya dapat new bosses yang fussy dan tak best. I is sad, you know!! Rasa nak merajuk ngan sume orang. Tak mo cakap ngan sesaper. Uhuk..uhuk =`(. Dah dua minggu dengar rumor ini, tapi hati tak mo percaya. 'Selagi big boss tak announce, tak mo percaya!' - I was in denial, tapi sekarang memang harus terima hakikat. Effectively on 26th, tapi 28th baru nak annouced! Huh~

He is my first boss, yet the best one! Sangat bahagia bila dengar dia ketawa. His tagline are 'it cokey', 'i dont care' and 'later'. Korean boss yang sempoi. He never shows his anger eventho I did wrong. Paling-paling pun mengeluh 'haish', bukan 'aigoo'. I'll be missing him =`( eventho he is still here under the same roof.

WishList

السلام عليكم


B2B ni rasa mengada-ngada nak buat wishlist sempena bigday yang dah nak dekat ni. Haha boleh ke camni?  Haish..would be glad if I got these:
  1. Air pot water boiler - thermopot
  2. Microwave oven
  3. 1.8L jar rice cooker
  4. Home shower - water heater
  5. Garment steamer
  6. Bagless vacuum cleaner
  7. Wall fan
  8. A pair of bedside lamp

Senyum.Semalam

السلام عليكم


Berdebar-debar rasanya bila terfikirkan hari itu dah tak lama lagi..hehehe. Dalam masa yang sama rasa bahagia juga, tak sabar menunggu ia tiba. Rasa sayang dan kasih pada En.Syg bertambah-tambah..ekeke.

Semalam entah kenapa rindu sangat pada dia. Rindu nak dengar suara dia..hadoi! Kenapalah Syg tak called dua hari ni? Syg call lah saya, sekejap pun jadilah.. Rindu ni. Bermonolog sendiri sambil tercebik-cebik..huhu.

Dah dekat pukul 12, baring-baring nak tidur sambil berharap En.Syg call.
.
.
.
.
.
.
Tiba-tiba ringtone lagu DJ Got Us Fallin In Love kedengaran. Tengok number kat skrin.. Uwaa rasa nak nangis, tapi senyum-senyum. Ya Allah.. Speechless~

Assalamualaikum Sayang..


Ehehe..bahagianya perasaan itu. Terima kasih Ya Allah kerana berikan perasaan ini. Semoga ia berkekalan hingga ke Surga. InsyaAllah~

Sejarah.Tercipta

السلام عليكم


Salam Jumaat pada semua. Hari ni pertama kali dalam hidup saya menjejak kaki ke Subway. Hahahaha...macam gempak je eh? Tapi sejarah ni takde lah gah sangat pun, sekadar mencuba. Sekurang-kurangnya takde lah rasa out of place sangat bila kawan-kawan bercerita. Selama ni Shafaq (wow dah seminggu jadi Puan!) bercerita, dengan rendah diri cakap tak pernah sekali pun makan Subway. Katanya, pilih-pilih je apa yang kita nak atau beritahu je apa yang kita tak nak. Hari ni barulah faham bilamana Syemy ajak ke sana sempena promosi Sub Of The Day. Terima kasih pada Syemy yang melayan soalan-soalan curious saya..hehe.


Cepat.Bosan

السلام عليكم


Wah, Syawal berbaki kurang seminggu. Raya dah nak habis dah? Alamak, nampaknya tak sempatlah saya kumpul pahala puasa 6 tahun ni. Hurmm..tahun ni InsyaAllah jadi tahun terakhir sebagai solo pulak tu. Tahun depan entahkan dapat ke tidak..

Dua tiga hari ni kepala dok sibuk fikir hadiah hantaran untuk wedding nanti. Fikir punya fikir, cukuplah 7 berbalas 7..hehehe. Hah ape? Patutnya 7 berbalas 9 eh? Alaa..apa salahnya sama, barulah adil..ngee. Perancangannya, untuk wedding ni simple je hadiah hantaran. Takde set penjagaan diri, sebab dah bagi masa tunang hari tu. Yang dok ade tu pun tak pakai lagi.

Hah, ni yang citer ni pasal perfume. Saya ni memang jenis cepat bosan, tapi jimat aka kedekut orangnya..hohoho. Tahun lepas masa bercuti dengan famili, kami singgah kat Padang Besar. Kat situ saya beli 1 set Moschino Glamour 4 in 1 kat The Zon. Sampai hari ni tak habis-habis lagi. Saya kan jenis jimat...ngee. So pakai pun sikit-sikit je. Tapi la ni, cheq dah bosan dengan baunya. Tak tau la kalau dah 'immune' dengan bau badan sampai dah tak rasa ia best. Sekarang ni rasa macam bau 'sengit' je. Hurmm tak tau macam mana nak explain baunya. Mungkin ke sebab dah lama, so bau wangi tu dah takde?


Haish, memang tobat lepas ni takmo dah beli 1 set. Lepas ni saya patut beli miniature je kot. Ha, beli kat BodyShop la. Takde la mahal sangat kan..ngee



up