Tips Nutrisi Ibu Hamil

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Sebulan yang lepas saya menemani seorang sahabat ke satu program pemakanan sihat. Sepanjang program tersebut, satu yang menarik perhatian saya ialah kepentingan nutrisi semasa permulaan kehamilan. Namun disebabkan kebanyakan wanita hanya menyedari dirinya hamil selepas kehamilan masuk usia 6 minggu, beberapa nutrisi penting semasa minggu ke-2 hingga minggu ke-6 telah diabaikan tanpa sengaja.

Apabila kita hamil, di dalam rahim kita sedang berlaku perkara yang sangat mengagumkan. Semasa di awal kehamilan, bayi membina tulang belakang, organ dan sistem sokongan yang memerlukan makanan yang kaya dengan protein, kalsium, pelbagai vitamin and mineral untuk membesar.

Vitamin sangat penting dan bagus untuk kita dan perkembangan bayi. Antara vitamin yang sangat penting dalam tempoh kehamilan adalah seperti berikut:-


  • Folic acid: Tubuh kita memerlukan vitamin folate (folic acid) untuk membina sel-sel baru. Tapi disebabkan tubuh kita tidak dapat menyimpan vitamin folate tersebut, kita perlu sentiasa membekalkannya untuk kekal sihat dengan cara mengambil secara kerap dan berkala. Terdapat banyak sumber semulajadi vitamin folate ini termasuk sayuran seperti bayam, taugeh, brokoli, kacang hijau dan kentang.
    source: Google images
    Ibu hamil disarankan mengambil 400 microgram folic acid sehari. Ia sangat penting untuk pertumbuhan embrio dan mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang seperti spina bifida. Kita harus mula mengambil folic acid seawal kita berusaha untuk hamil, atau sebaik sahaja kita disahkan hamil. Folic acid perlu diambil secara berterusan sehingga kehamilan berusia 12 minggu.
    source: Google images


  • Vitamin B complex: Vitamin B complex membantu membekalkan tenaga kepada ibu hamil. Ini secara tidak langsung juga membantu membina sistem saraf bayi yang sihat. Kandungan vitamin B complex yang mengandungi vitamin B12, zat besi dan folic acid juga membantu mengekalkan kepekatan hemoglobin yang sihat di dalam darah. Ini membantu mengelakkan anemia kerana tubuh kita perlu menghasilkan lebih darah semasa tempoh kehamilan.
    source: Google images


  • Vitamin A and beta-carotene: Bayi yang sedang membesar di dalam rahim memerlukan vitamin A untuk pertumbuhan sihat mata, tulang, gigi dan kulit. Namun awas, vitamin A yang berlebihan boleh mengancam bayi kita. Sebaiknya ambil multivitamin yang mengandungi beta-carotene supaya ia dapat memberi isyarat kepada tubuh untuk menghasilkan vitamin A apabila tubuh memerlukannya. 
    source: Google images


  • Vitamin C: Vitamin C menguatkan sistem ketahanan (immunisasi) tubuh dan membantu tubuh menyerap zat besi yang diperlukan semasa hamil. 


  • Vitamin E: Vitamin E pula membantu mengekalkan tahap kekuatan dan kesihatan sel-sel serta tisu tubuh, dan membantu peredaran darah. 
    source: Google images


  • Vitamin D: Membantu penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat. 

UPT -ve

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم


Semalam g klinik sebab badan gatal-gatal, perut rasa sengal dan sakit kepala.  Langsung check UPT sekali, tapi keputusannya negative. Doktor kata mungkin symptoms yang dialami adalah akibat gastritis. Ok fine!

Doktor bagi ubat sakit perut, angin, gastritis, allergic dan ubat sapu. Tapi saya tak nak makan ubat-ubat tu sampailah period datang. Selagi period tak datang, saya mesti berjaga-jaga dengan setiap ubat yang saya ambil. Full stop!

Nota dengkol:
Buat UPT pun sampai RM15. Baik beli UPT kit kat farmasi je, baru RM8..hohoho

14 days late = 47 days in cycle

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Symptoms:-

  • Headache
  • Breast sensitivity
  • Fatigue

Kepala rasa berat dan pening sikit, mujurlah ada Herbal Aromatherapy daripada #IbuSuri. Hidu bauan rempah dan herba dalam botol kecil ni, lega sikit rasa pening.

Hidung mula sensitif dengan bau pencuci tandas. Baunya menusuk hidung sampai rasa pening. Aganknya nak masuk tandas kena bawa juga Herbal Aromatherapy kot.

9 days late = 42 days in cycle

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم


I can't believe that I just read about 'false pregnancy'...wuwuwuwu

Kenapalah saya drag masa untuk pergi beli UPT kit dan check untuk dapatkan kepastian. Masih rasa berdebar-debar untuk tahu keputusannya. Adui, padahal apabila drag masa macam ni lagi lah rasa tak tentu arah. Sekurang-kurangnya selepas dapat keputusan saya boleh rancang dan atur apa yang saya perlu buat seterusnya.

Macam-macam pasal 'false pregnancy' ni. Baca http://blog.sfgate.com/sfmoms/2013/12/17/brazilian-doctor-performs-c-section-on-woman-with-a-phantom-pregnancy/. Tapi tak boleh blah dengan statement ni.
They present real symptoms that fool their partners and even the most experienced doctors.
Kenapa pulak dah nak fool orang lain? Melampau tau statement tu!

Status

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم


I'm feeling blessed

I'm feeling loved

Alhamdulillah

8 days late = 41 days in cycle

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Saya rasa berdebar-debar untuk buat UPT dan masih ambil pendekatan tunggu dan lihat. Tapi saya dah mula ambil folic acid, iron dan vitamin B complex semalam. Hari ni dah masuk hari ke-41 dalam cycle yang lepas, deep down inside saya yakin keputusan UPT akan positive. Sekarang saya rasa confused, apa yang saya perlu buat? Adakah saya sudah bersedia? Tapi tidaklah saya menafikan qada' dan qadar Allah SubhanahuWaTaala. Saya serahkan segala ketentuan dan rezeki ini kepada Dia. Semoga Dia memberikan yang terbaik untuk saya. Aameen..

Symptoms:

  • Kulit naik ruam dan gatal
  • Sakit kepala
  • Pening
  • Kerap lapar

7 days late = 40 days in cycle

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Saya masih dalam tanda tanya tapi tak nak buat kepastian dan masih menunggu waktu yang sesuai. Walaupun hati kuat mengatakan iya namun, apabila mengikuti pengalaman teman-teman, saya pujuk hati supaya tidak terlalu berharap.

Hari ini hari ke 40 dalam cycle dengan 7 hari terlewat untuk cycle yang baru.

Symptoms:-

  • Sakit kepala di bahagian tepi dahi berdekatan kening
  • Perut rasa cramped beberapa kali
  • Tapi breast tak sakit atau bengkak, tak macam symptom PMS yang biasanya
  • Lenguh pinggang 

Senaman squat yang betul

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم


Baru-baru ini saya ke taman tasik bersama sahabat saya untuk beriadah. Tujuan utamanya adalah ingin mengikuti senamrobik, namun tak terkejar steps senamrobik tersebut. Hilang excitement senamrobik sebab langkah yang sumbang. Jadi di penjuru lain, jauh sedikit daripada tapak senamrobik tersebut, saya hanya 'meminjam' lagu yang dimainkan dengan membuat steps sendiri. Entah lah betul atau tidak, hantam sajalah asalkan berpeluh. Mujurlah tidak mengalami kecederaan otot.

Sedang saya memainkan steps sendirian berhad, mata tertancap kepada tiga orang pengunjung taman tasik yang sedang membuat senaman. Melihat saya tertarik dengan aktiviti mereka, salah seorang pengunjung; seorang aunty berbangsa Cina menegur dan ajak kami membuat senaman bersama-sama. Dia menunjukkan kepada kami cara senaman squat yang betul.

Katanya, kedudukan lutut mestilah tidak melebihi jari kaki kerana kecederaan pada sendi lutut boleh berlaku jika kedudukan lutut melebihi jari kaki. Saya pun "Owh...patutlah sakit"..

Gambarajah di bawah menjelaskan senaman squat yang betul:-

 


Senaman squat bagus untuk kaki, punggung dan perut. Dikhabarkan senaman ini juga bagus untuk kaum wanita kerana ia menguatkan otot rahim. Jom kita bersenam, diet sahaja tidak cukup untuk mengekalkan kesihatan dan bentuk tubuh. Senaman adalah kunci kecergasan.

up