بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
Baru-baru ini saya ke taman tasik bersama sahabat saya untuk beriadah. Tujuan utamanya adalah ingin mengikuti senamrobik, namun tak terkejar steps senamrobik tersebut. Hilang excitement senamrobik sebab langkah yang sumbang. Jadi di penjuru lain, jauh sedikit daripada tapak senamrobik tersebut, saya hanya 'meminjam' lagu yang dimainkan dengan membuat steps sendiri. Entah lah betul atau tidak, hantam sajalah asalkan berpeluh. Mujurlah tidak mengalami kecederaan otot.
Sedang saya memainkan steps sendirian berhad, mata tertancap kepada tiga orang pengunjung taman tasik yang sedang membuat senaman. Melihat saya tertarik dengan aktiviti mereka, salah seorang pengunjung; seorang aunty berbangsa Cina menegur dan ajak kami membuat senaman bersama-sama. Dia menunjukkan kepada kami cara senaman squat yang betul.
Katanya, kedudukan lutut mestilah tidak melebihi jari kaki kerana kecederaan pada sendi lutut boleh berlaku jika kedudukan lutut melebihi jari kaki. Saya pun "Owh...patutlah sakit"..
Gambarajah di bawah menjelaskan senaman squat yang betul:-
Senaman squat bagus untuk kaki, punggung dan perut. Dikhabarkan senaman ini juga bagus untuk kaum wanita kerana ia menguatkan otot rahim. Jom kita bersenam, diet sahaja tidak cukup untuk mengekalkan kesihatan dan bentuk tubuh. Senaman adalah kunci kecergasan.
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!