بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
Sebulan yang lepas saya menemani seorang sahabat ke satu program pemakanan sihat. Sepanjang program tersebut, satu yang menarik perhatian saya ialah kepentingan nutrisi semasa permulaan kehamilan. Namun disebabkan kebanyakan wanita hanya menyedari dirinya hamil selepas kehamilan masuk usia 6 minggu, beberapa nutrisi penting semasa minggu ke-2 hingga minggu ke-6 telah diabaikan tanpa sengaja.
Apabila kita hamil, di dalam rahim kita sedang berlaku perkara yang sangat mengagumkan. Semasa di awal kehamilan, bayi membina tulang belakang, organ dan sistem sokongan yang memerlukan makanan yang kaya dengan protein, kalsium, pelbagai vitamin and mineral untuk membesar.
Vitamin sangat penting dan bagus untuk kita dan perkembangan bayi. Antara vitamin yang sangat penting dalam tempoh kehamilan adalah seperti berikut:-
- Folic acid: Tubuh kita memerlukan vitamin folate (folic acid) untuk membina sel-sel baru. Tapi disebabkan tubuh kita tidak dapat menyimpan vitamin folate tersebut, kita perlu sentiasa membekalkannya untuk kekal sihat dengan cara mengambil secara kerap dan berkala. Terdapat banyak sumber semulajadi vitamin folate ini termasuk sayuran seperti bayam, taugeh, brokoli, kacang hijau dan kentang.
source: Google images source: Google images
- Vitamin B complex: Vitamin B complex membantu membekalkan tenaga kepada ibu hamil. Ini secara tidak langsung juga membantu membina sistem saraf bayi yang sihat. Kandungan vitamin B complex yang mengandungi vitamin B12, zat besi dan folic acid juga membantu mengekalkan kepekatan hemoglobin yang sihat di dalam darah. Ini membantu mengelakkan anemia kerana tubuh kita perlu menghasilkan lebih darah semasa tempoh kehamilan.
source: Google images
- Vitamin A and beta-carotene: Bayi yang sedang membesar di dalam rahim memerlukan vitamin A untuk pertumbuhan sihat mata, tulang, gigi dan kulit. Namun awas, vitamin A yang berlebihan boleh mengancam bayi kita. Sebaiknya ambil multivitamin yang mengandungi beta-carotene supaya ia dapat memberi isyarat kepada tubuh untuk menghasilkan vitamin A apabila tubuh memerlukannya.
source: Google images
- Vitamin C: Vitamin C menguatkan sistem ketahanan (immunisasi) tubuh dan membantu tubuh menyerap zat besi yang diperlukan semasa hamil.
- Vitamin E: Vitamin E pula membantu mengekalkan tahap kekuatan dan kesihatan sel-sel serta tisu tubuh, dan membantu peredaran darah.
source: Google images
- Vitamin D: Membantu penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat.
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!