Dental Treatment

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Saya doakan anda yang mengunjungi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Tuhan Yang Maha Penyayang. Saya doakan anda Kaya Dan Berjaya di dunia dan akhirat. Apa khabar anda hari ini?

Hari ini saya mendapatkan rawatan gigi. Tahun lepas saya telah menjalani rawatan tampalan gigi, malangnya tampalan itu tercabut dalam sebulan dua ini. Sebelum Ramadan tiba, saya berfikir adalah lebih baik saya mendapatkan rawatan tampalan gigi. Alhamdulillah, pagi tadi saya telah selamat menjalani rawatan tersebut.

Ini adalah kali pertama saya ke Klinik Pergigian Dr. Juliana di Kulim ini. Saya teruja dengan suasana dalam klinik itu yang selesa dan santai. Rawatan dan layanan yang diberikan juga sangat baik. Selepas ini saya bercadang untuk dapatkan rawatan orthodontic pula.

Disebabkan Doktor bagi rehat satu hari, balik daripada klinik, saya ke Tabung Haji untuk kemaskini buku akaun. Alhamdulillah, rasa senang hati tengok baki akaun, tapi masih belum puas hati sepenuhnya, jadi harus usaha lebih lagi.

Selepas makan tengah hari, gigi dan gusi rasa sakit. Patutlah Doktor bagi MC tadi, siap ada dua jenis antibiotik dan sejenis ubat tahan sakit. Rasa denyut-denyut di bahagian tampalan itu. Doktor pun memang ada tunjukkan keadaan gigi yang berlubang; agak dalam lubang itu hingga sudah kelihatan gusi. Sementara nak serasi dengan tampalan, tu yang sakit tu agaknya. Takpelah, dah selamat dah pun.

Berpantang dengan mudah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Sehari sebelum saya ke Seminar Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan di Kuala Lumpur iaitu pada 20 May 2015, saya telah dihubungi oleh orang ibu yang sarat hamil. Sebenarnya sudah beberapa kali saya dihubungi oleh Sis Suliza berkenaan set berpantang daripada IbuSuri. Bermula dengan tanya-tanya dahulu, akhirnya Sis Suliza membuat keputusan mencuba Tungku Batu Herba, Tuam Bayi dan Mandian Herba daripada IbuSuri. 

Malam sebelum saya bertolak ke Kuala Lumpur, saya COD produk penjagaan ibu berpantang ini ke rumah Sis Suliza. Alahai, sangat tidak jauh daripada rumah saya. Saya juga berbesar hati menghantar sendiri produk penjagaan ibu berpantang tersebut kepada Sis Suliza.

Saya telah menerangkan cara penggunaan Tungku Batu Herba, Tuam Bayi dan Mandian Herba kepada Sis Suliza. Malah, saya juga mengajar bagaimana Sis Suliza boleh berjimat dalam penggunaan Mandian Herba. Setelah berpuas hati dengan penerangan saya, saya pun pulang ke rumah dan bersiap-siap untuk perjalanan keesokan paginya.

Rupa-rupanya pada 23 May 2015, Sis Suliza telah selamat melahirkan bayinya yang kedua. Ketika itu saya sedang khusyuk menyerap elmu daripada Dr.Azizan Osman.

Selepas pulang daripada Kuala Lumpur, saya telah menghubungi Sis Suliza untuk bertanya khabar. Pada saat itulah saya mendapat berita daripadanya. Dan yang BEST sekali, Sis Suliza telah memberikan testimoni yang SUPERB berkenaan Tungku Batu Herba dan Mandian Herba daripada IbuSuri. 

Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur dapat membantu dan memudahkan ibu-ibu yang berpantang ni.




Travelog Langkawi 3

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Hari kedua kami di Langkawi dimulakan seawal yang boleh. Selepas solat Subuh, kami terus ke pantai untuk menikmati bayu pagi yang bersih dan segar. Subhanallah, cantik sungguh langit subuh! Rasa tenang dan bersyukur berada di sini.






Selepas bersiar-siar di pantai, kami pulang ke hotel untuk menikmati sarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak pengurusan hotel. Teruja dapat makan sarapan tepi pantai. Feeling-feeling jutawan gitu. Aameen3x.


Sarapan yang disediakan ialah bihun singapore, lontong, roti bakar, buah tembikai dan cereal. Tak banyak jenis sangat, tapi itupun dah cukup baik. Bukan makan pelahap sangat kan.


Selepas bersarapan, kami bersedia untuk aktiviti Island Hopping. Semalamnya kami telah beli pakej ini di kaunter pertanyaan hotel. Mungkin pihak pengurusan hotel dengan pengusaha bot telah bekerjasama untuk menyediakan aktiviti ini.

Lebih kurang pukul 9 pagi sebuah van telah datang menjemput kami ke kawasan pelabuhan bot-bot kecil. Dari sini kami akan di bawa ke tiga buah pulau dalam aktiviti Island Hopping.



Pulau pertama yang kami tuju ialah Pulau Dayang Bunting. Kemudian ke Pulau Beras Basah, dan terakhir ke Pulau Singa Besar.

Tasik Dayang Bunting berada di Pulau Dayang Bunting. Dikhabarkan kedalaman tasik ini melebihi ketinggian dua tiang elektrik. Pengunjung dimestikan memakai life jacket sebelum masuk ke dalam air. Terdapat pengusaha aktiviti Island Hopping yang membenarkan pengunjung menggunakan life jacket yang sama semasa menaiki bot. Namun jika tidak, pengunjung hanya perlu menyewa sehelai life jacket berharga RM5 sahaja.

Saya dan Adek bergilir-gilir turun ke dalam air, jadi kami menyewa sehelai life jacket sahaja. Bestnya berada di dalam air, tapi agak gayat sebab kaki tak cecah. Dub dab dub dab juga masa nak masuk dalam air tu.



up