Travelog Langkawi 3

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Hari kedua kami di Langkawi dimulakan seawal yang boleh. Selepas solat Subuh, kami terus ke pantai untuk menikmati bayu pagi yang bersih dan segar. Subhanallah, cantik sungguh langit subuh! Rasa tenang dan bersyukur berada di sini.






Selepas bersiar-siar di pantai, kami pulang ke hotel untuk menikmati sarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak pengurusan hotel. Teruja dapat makan sarapan tepi pantai. Feeling-feeling jutawan gitu. Aameen3x.


Sarapan yang disediakan ialah bihun singapore, lontong, roti bakar, buah tembikai dan cereal. Tak banyak jenis sangat, tapi itupun dah cukup baik. Bukan makan pelahap sangat kan.


Selepas bersarapan, kami bersedia untuk aktiviti Island Hopping. Semalamnya kami telah beli pakej ini di kaunter pertanyaan hotel. Mungkin pihak pengurusan hotel dengan pengusaha bot telah bekerjasama untuk menyediakan aktiviti ini.

Lebih kurang pukul 9 pagi sebuah van telah datang menjemput kami ke kawasan pelabuhan bot-bot kecil. Dari sini kami akan di bawa ke tiga buah pulau dalam aktiviti Island Hopping.



Pulau pertama yang kami tuju ialah Pulau Dayang Bunting. Kemudian ke Pulau Beras Basah, dan terakhir ke Pulau Singa Besar.

Tasik Dayang Bunting berada di Pulau Dayang Bunting. Dikhabarkan kedalaman tasik ini melebihi ketinggian dua tiang elektrik. Pengunjung dimestikan memakai life jacket sebelum masuk ke dalam air. Terdapat pengusaha aktiviti Island Hopping yang membenarkan pengunjung menggunakan life jacket yang sama semasa menaiki bot. Namun jika tidak, pengunjung hanya perlu menyewa sehelai life jacket berharga RM5 sahaja.

Saya dan Adek bergilir-gilir turun ke dalam air, jadi kami menyewa sehelai life jacket sahaja. Bestnya berada di dalam air, tapi agak gayat sebab kaki tak cecah. Dub dab dub dab juga masa nak masuk dalam air tu.


0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up