Dental Treatment

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Saya doakan anda yang mengunjungi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Tuhan Yang Maha Penyayang. Saya doakan anda Kaya Dan Berjaya di dunia dan akhirat. Apa khabar anda hari ini?

Hari ini saya mendapatkan rawatan gigi. Tahun lepas saya telah menjalani rawatan tampalan gigi, malangnya tampalan itu tercabut dalam sebulan dua ini. Sebelum Ramadan tiba, saya berfikir adalah lebih baik saya mendapatkan rawatan tampalan gigi. Alhamdulillah, pagi tadi saya telah selamat menjalani rawatan tersebut.

Ini adalah kali pertama saya ke Klinik Pergigian Dr. Juliana di Kulim ini. Saya teruja dengan suasana dalam klinik itu yang selesa dan santai. Rawatan dan layanan yang diberikan juga sangat baik. Selepas ini saya bercadang untuk dapatkan rawatan orthodontic pula.

Disebabkan Doktor bagi rehat satu hari, balik daripada klinik, saya ke Tabung Haji untuk kemaskini buku akaun. Alhamdulillah, rasa senang hati tengok baki akaun, tapi masih belum puas hati sepenuhnya, jadi harus usaha lebih lagi.

Selepas makan tengah hari, gigi dan gusi rasa sakit. Patutlah Doktor bagi MC tadi, siap ada dua jenis antibiotik dan sejenis ubat tahan sakit. Rasa denyut-denyut di bahagian tampalan itu. Doktor pun memang ada tunjukkan keadaan gigi yang berlubang; agak dalam lubang itu hingga sudah kelihatan gusi. Sementara nak serasi dengan tampalan, tu yang sakit tu agaknya. Takpelah, dah selamat dah pun.

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up