Buffet Lunch @ KGCR

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Selamat petang semua. Saya doakan anda yang membaca blog ini dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Semoga hari-hari yang anda jalani diberkati dan berjalan lancar seperti yang anda harapkan.

Tengah hari tadi saya lunch dengan nasi ayam di cafe sahaja. Memang setiap hari Khamis, cafe menyediakan menu nasi ayam. Selagi tidak jemu, setiap hari Khamis, saya akan dapatkan nasi ayam sebagai lunch saya..hehehe.

Semalam saya ke Kulim Golf and Country Resort pada waktu makan tengah hari. Bermula bulan Oktober ini KGCR mengadakan buffet lunch dengan pelbagai menu menarik. Yang paling best ialah action stall yang menyediakan sotong kangkung dan bbq. Dengan RM16 sahaja, pelbagai masakan boleh anda nikmati. Bagi saya, harganya sangat berpatutan.

Rasa nak revisit pada hari lain pulak ;-)




Something lah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Selesa ke kalau baru je sejam berkenalan di taman rekreasi dah dihubungi? Bagi saya jawapannya TIDAK.

Seminggu lepas, keadaan jerebu dah beransur pulih selepas hampir setiap hari hujan. Jadi pagi itu saya bersama Adek ke Taman Tasik Putra untuk morning walk sambil chatting. Hampir dua pusingan tasik kami lalui, kami berehat di bangku batu tepi laluan pejalan kaki untuk berehat. Adek sedang hamil 5 bulan, jadi kami hanya jalan-jalan santai sahaja. Sambil berehat, chatting tetap berterusan..hehehe.

Tiba-tiba seorang pakcik memberi salam sambil menyampuk perbualan kami. Tak apa lah, kami melayan sahajalah dengan rasa hormat terhadap orang lebih tua. Katanya dia bekerja di salah sebuah pusat pengajian di Kulim ni. Jeng..jeng..saya melihat peluang business di situ. Jadi saya tanyakan adakah peluang untuk peniaga berniaga di dalam sana. Pastinya ada sebab ramai peniaga bakery, baju jersi atau tshirt selalu berniaga di sana.

Katanya, kalau ada apa-apa urusan di sana carilah dia kot dia boleh tolong sebab ramai kenal dia. Ok.. Saya katakan nanti kami cari dia kalau ada apa-apa. THEN, dia kata ambillah nombor telefon pastu dia minta saya buat miss call dan save number saya. Ok, fine! Saya tak sangka buruk pada pakcik tu dan masih hormatkan dia. Mungkin ini peluang kembangkan network.

Selang sejam, semasa saya di rumah bersama suami, pakcik tu called. Saya sedang sibuk di dapur ketika itu. Selepas selesai, tengok-tengok ada missed call dari dia. Eh, dah kenapa pakcik ni call? Biarlah, kata hati saya. Rupanya tak takat tu, malamnya sekitar pukul 10 ++ saya dapat SMS pulak. Text tidak lucah, tapi bunyinya 'macam bagus je' pakcik ni. Saya tidak selesa! Saya mula fikir tak baik tentang pakcik ni. Pakcik ni macam something je..

Hari Isnin pula dia called lagi sekitar jam 12.30pm. Amboi, nak ajak lunch date ke apa? Tak boleh jadi pakcik ni. Masukkan number dia dalam blocklist. No call, no SMS lepas ni. Tapi pandai pulak dia..daripada takde account WhatsApp, dia hubungi saya melalui WhatsApp pulak dah malam tu. Selepas saya masukkan dalam blacklist, saya checked dia memang takde dalam WhatsApp contact. Maknanya dia memang baru create account WhatsApp. "Assalamualaikum. Sihat?" Apa kejadahnya pakcik ni? Dah dua kali dia text waktu malam. Ok, blocked!

Blacklisted dan blocked. Rasa selamat sikit. Lalu saya tukar profile picture di WhatsApp dengan photo semasa nikah. Apa, ingat saya cute macam ni belum kahwin lagi ke? Muka je sweet 17, tapi saya ni isteri orang tau!




Hari Asyura dan puasa

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Salam Jumaat dan selamat berpuasa Asyura pada yang menyahut seruan berpuasa pada hari ini. Semalam puasa? Kalau tidak berpuasa semalam, sebaiknya hendaklah berpuasa esok hari. Saya bukanlah orang yang tepat untuk dibuat rujukan, sedang diri saya masih kurang berpengetahuan Islam. Ini adalah salah satu rujukan berkenaan puasa Asyura. Semoga bermanfaat.

Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari ‘Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya. (Diriwayatkan oleh imam Tarmizi)

Hadis ini menjelaskan kepada kita berkenaan dengan kelebihan berpuasa pada hari ‘Asyura. Ulama’ juga berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram.Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharramlah nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim.

Hukum berpuasa pada hari ini adalah disunatkan bukannya satu kewajipan. Siapa yang mahu berpuasa maka bolehlah berbuat demikian dan ganjaran yang besar dijanjikan kepada mereka yang berpuasa pada hari ini iaitu diampuni segala dosanya pada tahun-tahun yang lalu. Semoga kita dapat menggunakan segala peluang yang ada untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di akhirat nanti.

Rindukan blog

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Tolong berikan tip macam mana nak konsisten tulis blog ni? Aduyai dah berapa lama la tinggalkan blog ni berhabuk!!

Saya dah tak ada talian internet di rumah, hanya mengharapkan data plan di hand phone sahaja untuk ber-internet. Menaip di hand phone tidak semudah menaip di keyboard ni. Menaip blog entry di keyboard lebih lancar dan menyeronokkan. Kena aktifkan streamyx semula kot..

up