Hari Asyura dan puasa

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Salam Jumaat dan selamat berpuasa Asyura pada yang menyahut seruan berpuasa pada hari ini. Semalam puasa? Kalau tidak berpuasa semalam, sebaiknya hendaklah berpuasa esok hari. Saya bukanlah orang yang tepat untuk dibuat rujukan, sedang diri saya masih kurang berpengetahuan Islam. Ini adalah salah satu rujukan berkenaan puasa Asyura. Semoga bermanfaat.

Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari ‘Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya. (Diriwayatkan oleh imam Tarmizi)

Hadis ini menjelaskan kepada kita berkenaan dengan kelebihan berpuasa pada hari ‘Asyura. Ulama’ juga berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram.Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharramlah nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim.

Hukum berpuasa pada hari ini adalah disunatkan bukannya satu kewajipan. Siapa yang mahu berpuasa maka bolehlah berbuat demikian dan ganjaran yang besar dijanjikan kepada mereka yang berpuasa pada hari ini iaitu diampuni segala dosanya pada tahun-tahun yang lalu. Semoga kita dapat menggunakan segala peluang yang ada untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di akhirat nanti.

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up