Ganti dan Baiki Kipas Berkawalan Jauh

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Dah berbulan-bulan sejak sebuah kipas siling di ruang tamu gagal berfungsi selepas dentuman guruh dan kilat semasa hujan lebat, kami terpaksa menggunakan sebuah kipas sahaja sewaktu menonton TV. Dapat rasa angin sepoi-sepoi bahasa je sebab kipas yang sebuah tu kedudukannya jauh daripada tempat kami beristirehat depan TV.

Bila tanya kawan-kawan dan adik-beradik macam mana nak baiki kipas yang rosak tu, kebanyakannya akan kata beli baharu je lah. Harga sebuah kipas baharu lebih murah daripada kos baiki. Ok, fine~ Disebabkan kami tak ada budget nak beli kipas baru, biarlah dulu..

Hujung minggu lepas, suami saya mencadangkan menggantikan kipas yang gagal berfungsi dengan sebuah kipas yang berada di dry kitchen. Saya ni walaupun grad dalam electronic, tapi tak lah 'terror' dalam pendawaian ni. Jadi sebelum kami membuka kipas dan memasangkan semula di ruang tamu, haruslah ambil gambar kedudukan wayar yang tepat supaya nanti tak meletup pulak kipas tu..hehehe. Apa pun sebelum mulakan kerja-kerja ni, suis utama mestilah dimatikan. Jangan nanti ada yang keras kat atas tangga.

Gambar ni saya yang tangkap sebab encik suami cuba banyak kali untuk tangkap tak berjaya. Akhirnya handphone jugak dipersalahkan..hahaha
 Leceh jugak nak buka kipas siling ni, banyak step dan banyak skru. Paling leceh main dengan skru kecil dan lubang skru yang terselit kat tempat yang terhad. Patutlah dulu bayar upah pasang kipas semasa masuk rumah ni sampai RM30 sebuah. Ok, barulah tahu bukan senang-senang nak pasang kipas siling ni..hehehe.

Yeay dah berjaya pasang kipas ni kat ruang tamu. Nyaman lah menonton TV..hehehe. Eh, tapi kenapa ada gegaran dan bunyi ek? Macam mana nak bagi dia tak berbunyi?
Kipas siling yang asalnya di dry kitchen sudah berjaya dipasangkan di ruang tamu. Kipas yang gagal berfungsi tu asalnya suami saya nak buang je. Tapi saya sayang pula dan berazam nak baiki kerana terinspirasi daripada kisah Fuad Latif yang membaiki kipas berkawalan jauh apabila berpindah ke rumah baharunya. Saya buka semula link kisah Encik Fuad tu dan ajak suami saya untuk cuba baiki kipas kami. Masalah kipas kami sama seperti kipas Encik Fuad.
2. Jika kipas tidak berpusing dan ada bunyi “tettt” ketika kawalan jauh ditekan:
Ia disebabkan oleh kapasitor kuning (komponen warna kuning gambar 2). Kipas saya guna 1.5uF. Kapasitor jenis ini mempunyai kaki yang perlu disolder. Tiada +ve dan -ve bermakna mana-mana arah kaki boleh disambung.
Jadi saya dan suami membaraikan kipas sampai hilang rupa kipas lah..hahaha. Akhirnya jumpalah kami dengan circuit board kipas tu. Kami belum ke kedai alat ganti elektronik atau hardware untuk mencari kapasitor yang setara dengan yang digunakan oleh kipas kami. Mungkin hari minggu nanti kami akan berusaha mencari kapasitor tu dan memasangkan our 'brand new ceiling fan'..hehehe.

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up