Kenduri & Shopping

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Salam Ahad korang.. Hari tak gi mana-mana ke? Norin melepak je kat rumah hari ni. Semalam dah keluar dari tengah hari sampai ke maghrib..opss!

Semalam Norin gi kenduri kahwin officemate, Athikah namanya. Husband Norin tak nak ikut, jadi Norin gi dengan kawan-kawan je; Liza dan Adila. Pukul 2 gerak dari Kulim ke Sungai Petani. First time masuk ke Bandar Laguna Merbok tu. Wah, kagum sungguh tengok rumah-rumah yang cantik dalam kawasan tu. Siap ada rumah yang ala-ala kat Amerika sana tu. Pasang angan-angan nak ada rumah yang cantik macam tu jugak, dengan persekitaran yang bersih dan aman.

Semasa kami sampai di lokasi kenduri, ada nama dua pasang pengantin di bunting. Jadi kami expect akan ada dua pasang pengantin jugalah. Tapi bila kami masuk dalam kelab tu, nampak sepasang pengantin sahaja. Rupa pengantin perempuan pun tak cam, nak kata Athikah lain sungguh. Tapi kami terus juga melangkah ke pelamin untuk bersalam dengan pengantin. "Terima kasih datang, kak",  kata pengantin perempuan... Maknanya dia kenallah kami. Maknanya dialah Athikah. Lain sungguh dia, cantik berseri sangat.

Kami dah kenyang, nak balik dah. Sebelum tu bergambar kejap dengan pengantin

Bagus jugak husband tak ikut, boleh poya-poya dengan kawan-kawan...hahaha. Tak lah, husband tau Liza dan Adila ajak saya berjalan-jalan selepas kenduri. Dia berikan keizinan. 

Mula-mula kami ke Bella Ammara, ini pertama kali juga saya ke sini. Selama ini hanya follow BA kat Instagram dan Facebook sahaja. Cuak sebenarnya nak masuk butik BA ni kot nanti promoter takmo layan sebab Norin bukan vouge..hehehe. Tolak pintu butik dengan Bismillah dan masuk dengan muka yakin, padahal nak tengok-tengok je.

Butik BA memang cantik, ada kelass! Sempatlah try beberapa shawl yang tergantung kat rak. Sebabkan tak ada niat nak membeli, jubah dan blouse tak try pun. Teman Liza memilih shawl dan jubah je. Bagi Norin yang tak tinggi tapi bulat ni, susah sikit nak beli baju yang ready-made. Kalau beli jubah yang 'berkaki' lagi rugi sebab nanti for sure kena kerat bahagian bawah. Masa kecil dulu pun Mak memang tempah baju raya (baju kurung), tak pernah beli siap. Bila dah besar sikit, pernah beli yang siap tapi kena alter jugak. So lebih prefer custom-made.

Cantik noh butik depa

Liza dan shawl-nya. Adila sedang try shawl
 Keluar dari butik BA dengan dua beg kertas hasil tangkapan Liza, kami ke Jakel pulak. Adila dan Liza nak cari kain untuk jahit blouse. Sejak Adila pandai menjahit ni, diorang memang rajin membeli kain. Saya pun nak beli jugaklah.. Dah lama tak berganti baju (cet! muhong).. Mula-mula pilih sepasang kain untuk saya dan bahan baju Melayu untuk husband untuk Raya tahun depan. Hahaha awalnya! Tema biru tahun depan..wuwuwuwu.. Kemudian tertarik nak try corak polka dot pulak. Saya beli 2 meter corak polka dot tu dan cari 2 meter lagi kain plain. Yeay, dapat dua pasang baju!

Cuba corak polka dot pulak.. Kain jenis crepe, tak perlu iron
Kain color biru tu beli sebab tertarik tengok patung pakai

Happy dapat bahan baju untuk raya tahun depan ;-P
Sebelum balik kami tumpang solat di Jakel. Bagus Jakel ni, promoter mesra, kemudahan pun selesa. Jam 6.15pm kami keluar dari Jakel Sungai Petani untuk pulang ke Kulim. Sampai rumah lebih kurang jam 7.15pm, dah masuk waktu Maghrib pun. Husband sambut dengan kasih sayang..hehehe

Hujung bulan ni nak hantar bahan baju ke kedai jahit, nak tempah yang polka dot tu. Yang color biru bulan March nanti tempah pun sempat..

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up