3. What is the main thing that makes you unique?

Huih, sakit kepala nak cari keunikkan diri ni. Udah la selsema dan rasa macam nak kena demam rindu, terpaksa pulak fikirkan jawapan bagi soklan paling mencabar.

Bagi insan yang pessimist macam saya ni, sukar nak cari keunikkan diri. Banyak nampak kekurangan aje. Tapi papepun mari kita cari..kot kot boleh jumpa.

Ermmm....




Ermmm..apa ye?




Biasa je...




Apa yang istimewanya?...




Ermmm...lagi...


Ermmm...saya suka mata saya. Walaupun ada lingkaran gelap dan semakin banyak kedut, tapi saya sangat suka mata saya. Unik tak? Walaupun banyak kekurangan, tapi tetap jadi fav. Ha! Unik la tu!

Mata yang kecik sebelah ni ada masalah astigmatism sikit. Harus pakai kanta yang ada tinted sikit semasa mengadap PC atau semasa driving di siang hari. Cahaya yang berlebihan akan menyebabkan sakit kepala.

Bulu mata lentik cuma tak panjang macam unta padang pasir menambahkan lagi kasih sayang saya pada sepasang mataku ini..ehehehe. Ko ado? =P. Syukur pada Allah yang beri nikmat ini. Alhamdulillah.

0 comment(s):

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up